Penulis : Dr Evelyn Rose
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Spellbinder Creations
Bilangan Mukasurat : 2.89 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2020
ISBN : 978-967-17923-0-8
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis ini selepas 13 Jam A380 dan The Wedding Breaker.
Aku mula mengenali karya penulis hebat ini lebih kurang 8 tahun yang lalu. Karya kali ini ditulis khas untuk menghargai hutan hujan tropika di Malaysia yang berusia lebih 130 juta tahun dan merupakan hutan tertua di dunia. Penulis juga berkongsi dan mengetengahkan tentang hasil hutan dan tumbuhan herba yang kaya di Malaysia. Banyak maklumat yang baru aku tahu dan pelajari melalui karya ini. Terserlah kematangan penulis hebat ni dalam menghasilkan karyanya yang penuh dengan ilmu alam hutan dan herba serta bahan rujukan yang membantu dalam menghasilkan karya hebat ini.
Kisah Orkid & Arman ini biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Namun, kisah mereka berjaya meninggalkan kesan mendalam dan
mainkan emosi aku jugak. Cuma satu je aku kurang suka dengan sikap Orkid ni yang mudah percaya pada seseorang yang dah jelas tidak boleh dipercayai.
Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah santai romantik diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.
Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.
Tahniah Pn Penulis. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.
' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid
Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ?
Pertemuan kali
kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut
lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga
Orkid.
Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.
Saat
itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan
dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah
wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang
keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk
menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia
hormati.
Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan
Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, '
Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? '
Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ?
Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?
No comments:
Post a Comment