Penulis : Dilla Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Spellbinder Creations
Bilangan Mukasurat : 0.78 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Dis 2017
ISBN : 978-967-0870-48-9
Rating : ★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis ini selepas Bukan Kemahuan Fikiran.
Aku tertarik setelah terbaca sinopsis tentang hero yang ala-ala bad boy gangster gitu. Namun kisah Irdina dan Luq ni pada aku agak melodrama. Maaf ye Cik Penulis, aku memang konservatif dan kisah diorang ni kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he.
Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih bermutu dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Gadis bisu? Gila! Dia
tak pernah menerima gadis bisu untuk berkhidmat di kelabnya. Tapi kerana
sekeping surat, dia pula yang terpaksa menerima gadis yang tak diundang
ini.
Luqman Hakim. Dia sakit kepala memikirkan apa nak dibuat
dengan beban yang baru dia terima ini. Apatah lagi gadis itu hanya tahu
pandang dia sahaja.
“Kau ingat aku faham dengan bahasa tangan kau tu? Bahasa tubuh kau tu aku fahamlah!” – Luqman
Irdina.
Walau tak punya suara, tapi dia bukan gadis biasa. Pantang tubuhnya
dicuit. Kerana satu niat, dia berani untuk berhadapan dengan Luqman
Hakim. Namun, dia silap percaturan. Luqman Hakim bukan mudah seperti
yang dia fikirkan.
“Kalau kau jadi mistress aku, kau kena layan aku tiap-tiap malam sampai aku bosan dengan kau” -Luqman
Tidak!
Untuk hambakan diri itu bukan dia. Biarpun terpaksa hilang nyawa,
maruah diri akan tetap dia jaga. Jadi, dia pula yang akan lamar Luqman
untuk jadi suami dia.
Luqman garu kepala. Kahwin dengan gadis bisu? Gelap dunia dia!
“Kau ingat, aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang bisu ni?”-Luqman
Itu kata Luqman Hakim.
Tapi
siapa tahu kerana gerak-geri Irdina, Luqman mula rasa lain macam.
Kerana tak faham apa yang gadis itu katakan, Luqman masih setia ingin
mendengar. Dan kerana sikap Irdina yang bukan seperti gadis sempurna
yang lain, hati Luqman bagai ditumbuhi bunga segar. Luqman jatuh cinta!
Irdina
pula, untuk jatuh cinta pada orang kanan Tengku Badri yang panas baran
dan hati kering ini adalah di luar kemahuannya. Dia tidak menjangkakan
yang Luqman sangat serius untuk berkahwin dengannya. Dia sedar dia serba
kekurangan. Malah dia akan buatkan Luqman menyesal kerana memilih dia.
Bila kenyataan yang mengambil alih angan-angan, Luqman parah! Hatinya luka! Kerana seorang Irdina…
Dia
bukan lelaki yang sempurna dan tak akan menjadi lelaki yang sempurna
pada pandangan orang lain. Tetapi lelaki jahat itulah yang asyik bermain
di fikiran dan matanya. Luq! Walaupun cinta itu bukan milik kita, namun
percayalah, aku cinta kamu!
... lagu Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid ...
No comments:
Post a Comment