ALVISO


 

Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 0.28 MB EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : November 2016
 
ISBN :  978-967-708514-9-5 
Rating :

   



 


Ulasan :

الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis ini selepas Vignette, Untuk Awak Teja Aulia Pelangi, Langit Tetap BiruDia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya

Alviso ni merupakan salah satu 10 Novela daripada 10 penulis bersempena 10 tahun Jemari Seni.

Kalau nak tahu, Cik Penulis Syud ni adalah antara penulis awal di Jemari Seni. Aku dah baca hampir kesemua karyanya dan aku memang suka sangat dengan cerita dan gaya penulisannya yang agak sempoi je tapi seringkali buat aku senyum sendiri dan memberi kesan mendalam di hatiku ini. Semuanya kisah dari zaman Universiti hinggalah ke alam pekerjaan. Watak-watak yang diceritakan dalam karyanya selalu terjadi secara kebetulan, saling berkait dan semua watak ciptaannya tidaklah sempurna berkisar tentang kehidupan sebenar.

 

Ini adalah kisah tentang Taufiq@Topek antara 5 sekawan yang tiba-tiba telah hilangkan diri dari semua kawannya selepas kematian Wafa isterinya. Taufiq kerja di kedai hardware selang beberapa kedai dari cafe Alviso milik Aira dan Julia. Taufiq yang pendiam selalu ke cafe Alviso dengan Shahrul yang sukakan Suha pekerja di cafe Aira. Aira ni kawan satu Universiti dengan Azril kawan baik si Taufiq ni. Bila Aira dapat tahu Taufiq ni ada kepakaran bertukang dari Shahrul, Aira upah Taufiq ni buat partition di kedainya. Sejak tu, mereka sering berbual bila terserempak masa bersenam di taman. Bila Aira dapat tahu kisah Taufiq dari Azril,  Aira temukan mereka berdua semula di majlis makan-makan di cafenya.  

Ye, kehilangan orang yang kita sayangi pasti meninggalkan suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup. Namun, ada kalanya kenangan itu terpaksa disimpan untuk berhadapan dengan kenyataan.

Alahai Syud, kenapa kisah Taufiq ni pendek sangat ??? tergantung je... harap ada sambungan kisah Taufiq dan Aira ni ye he he he...

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 


 

 
Sinopsis   
  
Orang kata, kesedihan itu adalah milik yang ditinggalkan. Cuma adakah kesedihan itu akan hilang, atau kita belajar hidup dengan kesedihan itu?

 

... lagu Gundah - Ernie Zakrie ...



... lagu Bila Waktu T'lah Berakhir - Opick ...
 
 




Azril cari Taufiq disebabkan bekas rakan sepejabatnya, Ain Zuhaira(Aira) cari tukang buat perabot untuk kafenya.Kafe lagi, memang baca novela 10 ni buat aku lapar je.Dah la Hlovate pun cerita pasal makanan jugak dalam 10 ni, iaitu tentang Garpu dan Camca daripada novel Contengan Jalanan.Nak dijadikan cerita, Taufiq ni menghilangkan diri dan kerja dekat satu kedai hardware yang bersebelahan dengan kafe and bakery Aira ni.Masa ni rasa macam tengok drama Korea pulak.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

  

No comments:

Post a Comment