Untuk Awak Teja Aulia




Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia 
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Saiz Fail  :  1.19 MB
Format   :  EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : July 2010
ISBN :   978-967-0508-71-9
Rating :



   
 
 
   
 
Ulasan :
 

Alhamdulillah kerana akhirnya buku keenam ini telah merungkai segala persoalan yang sering bermain di mindaku sejak pertama kali aku baca karya penulis hebat ni. Apa yang aku nampak ada beberapa watak-watak utama dalam karyanya memang saling kait mengait dan kalau kita kumpul semua cerita tu boleh jadi satu novel untuk keseluruhan cerita. Jadi kalau nak tahu kesudahan setiap karya penulis ni memang kena baca semua ye..ye memang T.E.R.B.A.I.K selepas Pelangi,Langit Tetap BiruDia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Rasanya semua buku yang telah kubaca setakat ini memang S.W.E.E.T dan S.E.M.P.O.I. buat aku rasa macam masa muda dolu-dolu tersengih-sengih je layan diri sorang-sorang. Cerita ini memang telah kucari-cari sebelum ni sebab dalam karya yang dah kubaca sebelum ni memang ada cerita pasal Adil dan Aulia ni tapi buat aku tertanya-tanya sendiri kenapa dengan diorang ni apa dah jadi sebenarnya. Jadi lepas baca karya ni barulah aku faham sepenuhnya kenapa diorang jauhkan diri masing-masing selama 3 tahun. Adoi susah jugak yek kalau ada kawan baik dari kecil, duduk sebelah dua belah rumah pulak tu.

Pada aku lelaki dan perempuan memang boleh jadi kawan tapi jadi kawan yang betul-betul baik ni agak mustahil pada aku dan memang tidak pernah terjadi dalam hidup aku ni. Tapi memang seronok kalau ada kawan baik yang boleh kita kongsi segala-galanya kan ? Namun, inilah yang terjadi bila perempuan dan lelaki berkawan terlebih baik he he he mesti ada yang tergeliut orang kata... 

Tahniah Syud, aku memang jatuh hati berguling-guling pada semua cerita tau. Kisah Adil dan Aulia ni cerita yang mungkin orang kata biasa je, tapi pada aku kisah mereka agak luarbiasa dan menyingkap pelbagai rasa dua jiwa, dua gender dalam persahabatan. Dan fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT di dalam jiwa manusia antara lelaki dan perempuan itu akhirnya telah membongkar suatu rahsia terpendam lama antara mereka dan menemukan siapakah jodoh atau belahan jiwa Adil dan Aulia yang sebenar-benarnya. Ya hanya Allah yang tahu segala rahsia dan isi hati kita.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." 
(Surah al-Rum ~ ayat 21)
 


 

Sinopsis


Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik.
Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.
Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa
 

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?
Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!
Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi 

Adil Ruzain dan juga Teja Aulia bersahabat baik sejak kecil lagi. Adil dalam diam menyimpan rasa untuk Aulia, namun sentiasa tiada keberanian untuk memberitahu Aulia akan kenyataan itu.

Sesuatu terjadi menyebabkan mereka tidak bertegur sapa dan bertemu wajah selama beberapa tahun, walaupun rumah mereka terletak di jalan yang sama. Adil yang seolah-olah ‘merajuk’ hati, dan Aulia pula tidak tahu bagaimana mahu memulakan semua benda semula.


Dan apabila mereka dipertemukan semula, jelas yang mereka masih lagi tidak dapat menemukan jalan untuk menyelesaikan apa yang terjadi antara mereka. Aulia ingin mencuba namun dia masih takut, manakala Adil pula seolah-olah tidak mahu masuk campur lagi dalam hidup Aulia, walau hakikatnya – ‘rajuknya’ sudah begitu lama terbiar tidak dipujuk. 




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  
Syud


 ... Iris - Goo Goo Dolls ...





No comments:

Post a Comment