Kapten Al Barra' Vol 1


 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 370
Tarikh Terbitan : Apr 2026  
ISBN :  978-629-7944-05-0 
Rating :


 




الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 12 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, Black Ghost, Kumbang Di Hatiku, Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah,... Dan Cinta Pun Tersenyum dan Date To Marry.

الحَمْد لله, dapat lagi aku bertemu empat mata dengan penulis hebat ini yang terkenal dengan karya-karyanya yang agak intense di PBAKL baru-baru ini pada 6 Jun yang lalu. Dua tahun tiada rezeki aku ketemu sebab terlalu ramai sangat dan tak larat nak tunggu he he he. Tahun ini aku paksa diri untuk datang walaupun dah jadi "fan veteran" dan dapat ketemu RH. Nanti aku share gambar kenangan ya.

Jujurnya aku memang teruja nak baca kisah Kapten Al-Barra' ni tau selepas 3 karya terdahulu yang berkaitan dengan dunia ketenteraan. Seperti kata penulis karya hebat ni, segala gambaran berkaitan dunia ketenteraan udara ditulis sehampir mungkin dengan realiti bagi memberikan pengalaman pembacaan yang autentik gitu. Kisah ini juga lebih kurang sama dengan Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah menyingkap rahsia kehidupan seorang PERWIRA negara yang mungkin tidak pernah kita kenali atau terfikir akan kewujudan mereka. Kali ini kisah tentang Kapten Al-Barra' seorang juruterbang pesawat pejuang SUKHOI SU-30MKM FLANKER dari skuadron jet pejuang (TUDM) dengan call sign 'RAZE' di Pangkalan Udara Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan yang tersungkur kerana CINTA BUTA.

Ririn Fadila seorang selebriti dan pelakon terkenal yang menggunakan kecantikannya ala-ala bak puteri sebagai taruhan untuk menjerat dan menawan hati lelaki kaya dan hubungan sosial dianggap sebagai pelaburan masa depan demi meraih kehendak dan kepuasannya sendiri. Realitinya, dunia selebriti tidak semurni yang disangka ramai. Glamornya menipu dan kemewahan itu selalunya datang dengan harga yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Pendek kata, dunia artis itu penuh dengan pura-pura dan tipu daya.

Ririn dan Al-Barra' bertemu semasa produksi filem tentang juruterbang pesawat tempur (TUDM) di mana Al-Barra' dipinjamkan sebagai penasihat TUDM kepada pelakon-pelakon yang terlihat dalam filem tersebut. Setelah hubungan Ririn tidak kesampaian untuk berkahwin dengan Ungku Hilman seorang yang kaya raya, Ririn buat rancangan licik untuk dekati dan menjerat Al-Barra' dengan pujuk rayunya sehingga mereka bernikah demi meraih populariti dirinya di mata peminat dan penyokongnya. 

Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah diorang ini memang 'mendera' jiwa dan raga aku je tau, berjaya buat aku benci dan 'sakit hati kaw kaw' dengan watak Ririn yang 'a very good pretender' ni. Kenapa sis RH buat watak heroin antagonis ni, akak tak sukalahhhh... Aku sebenarnya nak marah pun ada, kasihan pun ada dengan Al-Barra' ni kenapalah naif sangat, mudah sangat percaya kata-kata dari mulut perempuan cantik yang pandai pujuk rayu terus terpedaya jadi lembik adoooiiii.😠😞😭 

Aku memang tak sabar nak baca sambungan kisah diorang ni, sebab ada rahsia yang perlu digali dan dibongkarkan.😅 Tunggu ya, aku baca sambungan kisah diorang ni dalam buku Vol 2. Peribahasa Melayu ada sebut "Sepandai-pandai membungkus, yang busuk berbau juga".

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ni. Paling seronok dapat jugak sedikit ilmu tentang Sukhoi Su-30MKM, pangkalan udara, jenis pesawat pejuang, apa itu dogfight, istilah yang diguna pakai dalam TUDM, apa beza pilot biasa dengan fighter pilot dan macam-macam lagi. Walaupun tak dapat abam pilot dan tengok Jet Fighter ni depan mata dapat berangan baca ni pun jadilah ha ha ha. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


T.E.R.B.A.I.K.

 

 

Sinopsis

 

 

RIRIN FADILA datang ke set filem itu dengan agenda tersendiri.

 


KAPTEN AL-BARRA' pula datang sebagai pelindung langit negara yang tak pernah meminta apa-apa balasan.

 


Antara sorotan kamera dan deru enjin jet, satu cinta tumbuh di tempat yang salah, pada masa yang salah, antara dua jiwa yang langsung tidak serupa.

 

Tapi apakah cinta yang dibina atas kepentingan diri mampu bertahan ketika dunia nyata mula mengetuk pintu?



... lagu Bagaikan Puteri - Farra ...

 

 

 ... lagu Suratan Atau Kebetulan  - Kenny, Remy & Martin ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
  Rose Harissa   
 

 




No comments:

Post a Comment