Sampai Masa, Benci Jadi Rindu

 

 

Penulis   :  Aiden Adi Syah  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Iman Publication
Bilangan Mukasurat : 416
Tarikh Terbitan : Julai 2023  
Rating :


 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Baca kisah ini mengingatkan aku kembali ketika zaman aku baca karya Hlovate suatu waktu 3 dekad yang lalu. Kisah pilu Adelia seorang remaja yang jiwanya memberontak kerana ketandusan kasih sayang, tiada sokongan emosi dan perhatian dalam keluarga terutama daripada bapanya sendiri. Kematian ibu kandung dan abang sebagai tempat bergantung harap berkecai dan memberi tekanan jiwa dan raga yang amat hebat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Pertemuannya dengan Pak Su, Mak Su dan K.E berjaya mengubah Adelia mengenal kehidupan sebagai seorang Muslim. Tapi perubahan itu memberi kesan pada kehidupan sosial dan traumanya pula. Adelia takut dengan pandangan orang akan masa lalunya yang hitam dan kelam. Di sinilah permulaan perjuangan Adelia berusaha berubah untuk menjadi lebih baik dan menjadi seorang muslimah sejati yang solehah dan melawan demon yang berada dalam dirinya sendiri.

Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah Adelia dan K.E ni memang sarat dengan emosi sedih dan pilu, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa.

Banyak mutiara ilmu, doa dan kata-kata nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih pilu ini. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
Sinopsis

“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?”

Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini.

Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza?

Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama -- cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan.

Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.

***

Aiden Adi Syah merupakan penulis yang terpilih daripada Sayembara Novel IMAN 2022.


... lagu Anak Soleh - Rabbani ...

 

 

... lagu Ludovico Einaudi - Nuvole Bianche ...

 

 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  
Ya Allah, jika ini ujian Kau untukku, aku reda.
Jika semua ini pengajaran bagi semua dosa-dosaku, Kau kuatkanlah imanku untuk tempuhi semua ini, ya Allah... 

The hand I held out myself could be for you to take.

Emotionally scarred people, gravitate toward each other.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(At-Taghabun : 11)

sakit dan musibah adalah penghapus dosa bagi seorang Muslim.

Diriwayatkan oleh Jabir bin 'Abdillah R.A bahawa Nabi SAW bersabda,"Kami telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar." Mereka bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu?"       Nabi SAW bersabda, "Kesungguhan seseorang hamba melawan hawa nafsunya."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi(373), Kitab al-Zuhd, Sunan al-Kabir)
 
Life is hard when the heart always remember what the head is trying to erase.

You can't start the next chapter of your life if you keep rereading the last one.

Life is about learning from mistakes.
 
Kebahagiaan itu macam tetamu yang datang melawat. 
Dia tak kekal lama. Kadang-kadang datang secara tiba-tiba tak beritahu. Kadang-kadang kita memang jangka dia nak datang, jadi kita tunggu. 
Tapi, tiba-tiba tak jadi datang. Kadang-kadang datang lama, kadang-kadang datang sekejap sahaja. Bila lama datang kita cemas pula, bila dia nak balik? Bila sekejap je, kita pula rasa alahai kejap sangat. 
Sebab tu kita kena hargai semua benda yang buat kita bahagia.

The first sign you notice when you begin to gain feelings towards a person is just how easily you get jealous when they give others the attention you crave.

Tanpa masa silam, kita takkan jadi diri kita sekarang.

In order to be happy, you need to let go of the things that hurt you.

Ya Allah, rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan. Apabila berakhirnya semua ini, apabila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan daripada-Mu.

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment