VT





Penulis   :  Hilal Asyraf     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 511
Tarikh Terbitan : 2009  
ISBN :  978-983-097-227-5 
Rating :   
       
 
 

Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye! 
 
 
Sinopsis   
  
Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).

Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini.

Ketika ini, Ketua Warden, merangkap pengurus pasukan bola tampar, bernama Ustaz Mahadzir telah memanggil seseorang untuk menangani masalah ini dengan menjadi jurulatih baru kepada pasukan bola tampar MATRI. Hussam namanya.

Hussam adalah watak yang misteri, nampak mengetahui banyak perkara berkenaan bola tampar, bergerak membawa gagasan sukan sebagai ibadah, dan ISLAM itu tinggi kepada pasukan bola tampar MATRI. Namun dia perlu menghadapi 12 orang pemain yang berbagai ragamnya dan pelbagai pula masalah mereka.

Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat serta membina akhlak pemain-pemainnya. Hubungan ukhuwwah antara pemain turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga. Fikrah disuntik dengan hikmah. Ego dilentur dengan bijaksana. Semuanya berjalan dengan penuh tersusun bawah perancangan Hussam. Hussam bergerak mendidik kumpulan itu, mengatasi segala cabaran.

Masa berjalan, dan Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Perlis menjengah. Hussam memilih untuk memasukkan pasukan bola tampar MATRI ke dalam pertandingan itu untuk menguji sejauh mana pencapaian mereka. Dalam pertandingan ini, mereka sedar yang mereka masih banyak perkara perlu diperbaiki.

Mereka hampir terkeluar dari pertandingan saat bertandingan PDRM Perlis, namun kemasukan seorang senior bernama Hilal, merangkap pemain senior dalam pasukan bola tampar MATRI telah mengubah keputusan pertandingan.

Pada pertandingan bola tampar terbuka ini jugalah, mereka mengenali seteru mereka yang sebenar, itulah dia SSNP dengan jurulatihnya, Cikgu Senan.
Dalam pertandingan itu, MATRI berjaya mencalarkan rekod SSNP dan memberikan impak kepada pasukan raksasa tersebut, dan menimbulkan ketakutan kepada jurulatihnya. Penonton turut terpukau dengan permainan pasukan MATRI.

Selepas pertandingan itu, Hussam terus menggerakkan pasukan MATRI dan melatih mereka. Prestasi pasukan MATRI juga meningkat dengan perubahan akhlak, dan peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Masalah dalam keluarga beberapa pemain turut berjaya diselesaikan. Sengketa Hilal dengan bapanya, berjaya diselesaikan oleh Hussam yang bertindak menziarahi rumah Hilal.

Kemudian cabaran tiba. Ada pihak menyuakan rasuah dan cuba bermain kotor. Ada pula pemain lawan yang dengki dan cuba bertindak keji. Konflik pertandingan bermula. Mengetahui yang MATRI masin belum bersedia, ada pihak yang cuba mengawalkan pertandingan.

Namun Hussam dengan bijaksana telah mengatur latihan intensif bagi mempertingkatkan kekuatan pasukan bola tampar MATRI secara pantas. Maka jurulatih itu mengatur pertandingan antara MATRI dan beberapa pasukan dari universiti di Malaysia. Mereka mengembara di sekitar kawasan pantai barat Malaysia, dari Utara ke Selatan menimba ilmu dan pengalaman. Di penghujung kembara, mereka bertemu dengan kumpulan lagenda MATRI, yang telah berjaya menjadi juara MSSP’s 10 tahun yang lepas.
Ketika itu, identiti Hussam yang sebenar terbongkar. Dia hakikatnya adalah Saiful Rahman, pemain utama dalam pasukan lagenda MATRI.

Kekuatan pasukan bola tampar MATRI tertingkat. Namun ada pihak yang tdiak menyenangi. Lalu menyusun taktik keji. Pergaduhan berlaku kerana hasad dengki, dokumen hilang kerna tidak mahu MATRI menghalangi, namun Saiful Rahman dengan bijaksana mengatasi semua halangan.
Akhirnya, pasukan ini berjaya menumbangkan pasukan SSNP, dan sekali lagi menawan hati masyarakat dengan pembawaan ISLAM dalam syahsiah mereka.
 






No comments:

Post a Comment