Penulis : Fazlyn Ridz
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : November 2016
e-ISBN : 978-967-2185-00-0
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis ni selepas Janji Pada-Nya dan Si Kolot Suamiku.
Kisah ini sebenarnya sambungan dari Janji Pada-Nya iaitu kisah anak Ariff aka Estaban dan Insyirah.
Walaupun kisah Afyra dan Fakhri ni nampak macam cliche je, kisah orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Seringkali kita anggap kahwin tanpa cinta tidak akan berjaya membina keluarga bahagia. Namun, kita terlupa semua yang berlaku itu adalah ketentuan dari Allah SWT.
Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.
Tahniah Cik Penulis. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.
Takdir
mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari
sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada
keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.
Dalam
keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya.
Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali.
Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian
lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.
AHMAD FAKHRI
RIZAL... Adik tiri kepada Naquib. Ibu Fakhri adalah isteri kedua kepada ayah Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu
sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya.
Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun
ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin
teguh membina ikatan cinta bersama.
Sebaliknya, abang kandung dan
ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang
menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh
dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah
isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.
Fakri
tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia
dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian.
Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang
merendah-rendahkannya.
Hero In A Million!
Dialah seorang
lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya.
Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang
pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia
hanya ada satu dalam sejuta!
... lagu Bagaikan Puteri - Farra ...
No comments:
Post a Comment