Penulis : Fadzlyn Ridz
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Cinta
Penerbit : Love Novel
Bilangan Mukasurat : 693
Tarikh Terbitan : May 2014
ISBN : 978-967-0657-11-0
Rating : ★★★★
Ulasan :
Setelah terbaca komen daripada geng Goodreads, hati aku bagai ditarik-tarik untuk 'membedah siasat' karya ini. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tuntutan harian, baru sekarang dapat kubelek setelah berbulan kuperam. Merupakan karya pertama yang kubaca daripada penulis yang baru kukenali. Pendapat peribadi, setelah habis kuhadap karya ini, aku rasa cerita dalam karya ini hampir sama dengan cerita Suami Yang KuBenci . Tema dan plot ceritanya memang cliche lebih kurang sama aje seperti lambakan cerita novel di pasaran sekarang, kahwin aturan keluarga antara dua darjat dan kemudian jatuh suka dan sayang selepas hidup bersama. Bila mula bahagia datang pulak ada je orang ketiga yang dengki nak porak perandakan rumahtangga mereka. Secara keseluruhan aku seronok baca karya ini dan memang menghiburkan. Aku paling suka dengan watak Tengku Raden Emranuddin (Kudin) yang sengal, kedekut dan suka menyakat Tengku Nur Edrina, isterinya dengan aksi nakal dan mencuit hati. Memang menggelikan hati dan boleh jadi bahan untuk hilangkan tekanan he he he. Aku terpaksa buang satu bintang sebab terdapat beberapa kesilapan ayat yang tunggang terbalik arrrghh buat hilang mood aku dan kacau konsentrasi aku masa baca tau...Apa-apa pun memang seronok layan baca buku ni, terhibur dengan aksi watak Kudin dan Rina yang sempoi ni...
Sinopsis
“Apasal kau gelak?”
“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”
Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!
Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?
No comments:
Post a Comment