Menanti Fajar Sidik




Penulis   :  Raihan Zaffya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 569

Tarikh Terbitan : 2011
ISBN :  978-983-124-670-2
Rating : ★★★★








 Ulasan :



Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan lagi dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat ini.  Ini adalah karya ketiga penulis hebat ini yang telah kubaca selepas Rindu SyahadahMU dan Aku Cantik.  Karya hebat ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada pembaca terutamanya adik-adik manis di luar sana. Seperti dua karya yang terdahulu pernah kubaca, tema dan persoalan karya hebat ini juga menyingkap kisah pilu tentang seorang gadis lemah yang telah menjadi mangsa keadaan kerakusan nafsu akibat pengambilan arak dan jauh dari pegangan agama. Selain itu juga, ia memperlihat kepada pembaca bagaimana kesan kejadian tersebut kepada mangsa dan pelakunya. Bagaimana pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan ini dan anak yang dilahirkan tidak sah taraf. Adakah masih ada peluang kedua untuk mereka membetulkan segala kesilapan dan menyesali segala perbuatan. Secara peribadi, kisah ini banyak memberi ilmu dan pengajaran kepadaku. Semoga kita dapat mencontohi dan menjadi seperti srikandi Islam hebat seperti Sumayyah, Rabiah Al-Adawiyah, Masyitah dan ramai lagi. Oleh itu, cuba selami dan hayati secebis kisah ini dengan mata  hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperoleh dari karya penulis hebat ini insya ALLAH.


 
Sinopsis

 




 


Mia Sakinah - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga sdetegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

 

Danny - Dia tercari-cari 'jalan pulang'. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

 
Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu ? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya.








 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


" Apa yang ALLAH dah tentukan adalah yang terbaik buat hambaNYA. Di situ ada rahsia yang tersembunyi. Di situ juga adanya hikmah yang mana kita sebagai manusia sukar untuk memahaminya "

"... Maha Suci ENGKAU ya ALLAH, peliharalah hambaMU dari panahan jahat. Jauhkanlah aku dari kebencianMU. Kerana ENGKAU Maha Mengetahui di atas segala-galanya..."

" ALLAH akan selalu timpakan ujian untuk orang-orang yang DIA sayang "

" Orang yang kuat adalah orang yang menguasai jiwanya ketika marah. Tidak sesekali dia menyerahkan kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Marah untuk mempertahankan diri, kehormatan dan agama adalah dituntut. Tapi bila datangnya bersama permainan syaitan, jauhilah. Syaitan itu diciptakan daripada api, maka padamkanlah dengan air. Berwuduklah dan berlindung kepada ALLAH SWT "

" Jika ALLAH sayang seorang insan, DIA akan terus menguji. Biarpun berat di mata manusia, namun ada seribu satu hikmah yang tersembunyi "

" Kita tak tahu rahsia ALLAH. kadang-kadang sesuatu itu diberi bukan sebab kita berdosa. Kadang-kadang juga, dosa-dosa masa lalu kita akan terbeban pada bahu anak cucu kita "

" Perempuan itu racun dan fitnah dunia jika hanya melakukan kerosakan dan tidak berbuat kebaikan. Sementara mereka akan menjadi perhiasan dunia yang paling indah andainya menjadi muslimah solehah "





No comments:

Post a Comment