Street Vendetta



Penulis   :  Mazni Aznita
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Cinta
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 630
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN :978-967-5234-53-8
Rating : ★★★

 


 





Ulasan :


Percaya tak sebenarnya buku ini adalah karya ke 7 yang telah pun kubaca daripada penulis hebat yang telah menjadi penulis favourite aku ini. Tidak perlu aku cerita panjang lebar lagi sebab semua karya yang telah kubaca setakat ini memang tidak menghampakan dan memang puas hati TAHAP MAKSIMA. Pada mulanya aku tak berapa nak faham tajuk karya ini. Apa yang aku faham setelah aku selidik maksud Vendetta ini adalah suatu perbalahan atau pertengkaran yang panjang di antara dua pihak. Satu pihak akan cuba menyalahkan pihak lagi satu sebagai hukuman di atas perkara yang telah mereka lakukan. Jadi mungkin maksud tajuk karya ini adalah suatu perbalahan jalanan yang panjang di antara dua pihak yang saling menuding jari. Seperti karyanya terdahulu, karya ini juga  pasti akan menjentik pelbagai rasa yang berbeza di hati pembaca. Bertemakan tentang kisah kasih sayang yang diselitkan dengan unsur komedi dan thriller ini memang buat aku jadi tertanya-tanya dan buat andaian sendiri sepanjang pembacaanku dari awal hingga akhir muka surat. 

Unsur suspen dan penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini memang berjaya membuatkan aku sentiasa dalam debaran dan buat aku tak sabar-sabar nak selak muka surat sebelah hingga akhir muka surat dan jadi begitu teruja nak tahu siapa sebenarnya Fakruzi dan apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada watak Kojie dalam karya ini. Memang buat aku tak senang hati nak habis baca buku ni tau...
Secara peribadi aku rasa karya ini agak kurang beri kepuasan kepada aku berbanding karya lain yang telah kubaca seperti Mencari Kiblat CintaLelaki Itu UntukkuCinta Bukan LaranganKasihku ArinaMungkin Nanti dan Venom Suria. Namun, aku memang tersangat suka dengan karya-karya penulis ini kerana setiap ceritanya memang UNIK dengan 1001 MISTERI kisah kekeluargaan penuh kasih sayang yang pastinya akan menarik aku masuk tenggelam ke dalam dasar ceritanya.
 



Sinopsis



Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. 



Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? 


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas pajang. ~Kojie 

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti. ~ Fakruzi

" Maafkan aku Kojie, kerana hanya baru sekarang aku cuba untuk mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku. " ~ Anabella


Hayati kata-kata syahdu yang ditulis di dalam karya hebat ini :-


" Fitrah Alam ! Yang handsome dijeling, yang selekeh dijuling "

" Semua rumah di dunia ini cantik, tak kira rumah kayu atau rumah batu. Rumah papan atau rumah banglo. Yang penting hati penghuninya. Semua rumah akan jadi cantik jika hati penghuninya jugak cantik "

" Untuk terima sesuatu kebenaran, kita kena melihat dengan mata hati dan bukannya dengan mata kasar "



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  



 

No comments:

Post a Comment