Sesuatu Yang Hilang


 

Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 422
Tarikh Terbitan : Apr 2020  
ISBN :  978-967-17515-5-8 
Rating :


   

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 11 penulis hebat ini selepas Cinta Itu Gila, I'm Yours, Kenzi X Embun, Couple, Naskah Terakhir Laura Isabel, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.

Untuk makluman, kisah ini terbahagi kepada 3 bahagian tau. Ini adalah kisah Trilogi Sesuatu Yang Hilang - Bahagian 1 tentang Mikha yang hilang ingatan. Di awal cerita memang aku tertanya-tanya dan begitu teruja nak tahu macam mana boleh hilang ingatan dan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Mikha ni. Banyak persoalan dan andaian yang aku dok fikir dalam kepala otak ni. Teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita memang buat aku suspen dan mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. 

Apa yang buat aku tertarik untuk terus baca buku ni, penulis pandai mengolah plot cerita yang santai, kelakar dan berjaya mencuit hati aku sehinggakan aku tak sabar-sabar nak selak muka surat seterusnya. Namun, akhiran kisah Mikha ni agak tergantung dan buat aku terfikir siapakah dalang di sebalik apa yang telah berlaku kepada Mikha sebenarnya ??? Adakah Ben atau Ibra terlibat dengan apa yang telah menimpa Mikha ni ???

Aku memang tak sabar nak baca buku ke 2 ni, sebab ada rahsia yang perlu dibongkarkan. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.





Sinopsis

"HIKMAH ATAU BENCANA?"

Bagi Mikha Mikhail kehidupannya sudah sempurna.

Ada ibu yang menyayanginya; dapat bekerja di syarikat idamannya dan ada dua orang BFF yang sehati sejiwa.

Namun, semuanya berubah pada satu pagi. Semua orang memandang pelik ke arahnya. Tambah menghairankan bila Shuwan dan Nayan beria-ia memeluk dan menangis melihat dirinya. 

“Kau ni dah kenapa? Macam sebulan tak jumpa aku.” 

“Babe… dah dua bulan kau hilang. Tak datang kerja.” 

 

Mikha melopong. Tidak masuk akal dia tak datang kerja selama dua bulan! Bukankah baru semalam dia bersengkang mata menyiapkan proposal untuk bosnya? Mana mungkin ditinggalkan kerjanya begitu saja?

Masalahnya kini, cuma satu; ada sesuatu yang hilang dari memorinya hingga dia tak ingat apa yang sudah berlaku! Pelbagai persoalan menggasak fikiran. Tetapi, semakin dia mencari jawapan, semakin dia lemas dengan jawapan yang ditemui.

Dia... ada skandal?

Dia... pernah membunuh?

Dia... sebenarnya wanita yang jelik dan menjijikkan?

 

Ada sesuatu yang akan hilang selamanya, tetapi ada juga sesuatu yang hilang akan kembali ditemui.

Namun... adakah ia berbaloi?

 

 

 ... lagu Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin ...


  

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment