Selalu Ada Dia

 

 

Penulis   :  Ieya Sya  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kasih Aries Publication Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 585
Tarikh Terbitan : Okt 2021  
ISBN :  978-967-2035-75-6 
Rating :


   

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Aku di Sini dan Epilog Kita.

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Walaupun kisah misteri ni agak kurang sampai ke hati aku ni, tapi berjaya jugak menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Sebab aku tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu siapa sebenarnya wanita misteri tu dan apa sebenarnya yang berlaku nih ??? 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




Sinopsis

Suatu ketika dahulu, mereka teman sekelas yang tidak saling menyapa. Beberapa tahun kemudian, hubungan mereka bertukar kepada majikan dan pekerja. Majikan yang dingin tetapi suka membuli si pekerja.

“Dalam banyak-banyak pekerja, kenapa encik pilih saya yang temankan encik?” - Liya.

“Aku suruh, buat saja. Tak payah tanya kenapa. Aku tak suka.” - Afiq.

Tanpa sengaja, Afiq telah bermain dengan nyawa Liya. Demi membetulkan keadaan, Afiq menoktahkan semuanya dengan ikatan perkahwinan. Walaupun Liya tahu, dalam hati Afiq ada nama Suri.

“Mudahnya encik jadikan saya kambing hitam untuk selamatkan Suri. Encik tak ada perasaan ke?” - Liya

“Mata tu cover sikit. Terkeluar nanti, turun harga hantaran.” - Afiq

Bukan mudah menjadi isteri seorang Afiq. Dia selalu diganggu roh wanita yang berdendam dengan keturunan keluarga Afiq, dan ugutan seorang pembunuh yang obses. Dalam waktu yang sama, Liya meragui perasaan sebenar Afiq kepadanya.

“Siapa yang awak harapkan jadi pendamping awak sebenarnya? Suri?” - Liya

“Aku tahu bagaimana mencintai orang yang tidak cintakan kita. Sakit, Liya. Sakit sangat.” - Afiq

“I tak pernah cintakan mana-mana lelaki, Fiq. Tapi dengan you, I tak mampu menidakkan perasaan I.” - Suri

Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?

 

 

 ... lagu Bye, Autumn  - Saltnpaper ...

 


 

 

No comments:

Post a Comment