Rapuh






Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 699
Tarikh Terbitan : Okt 2024  
ISBN :  978-629-98903-2-4 
Rating :


   

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 12 penulis hebat ini selepas Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.  

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni <sigh>

Agak teruja nak baca kisah ni, namun aku agak kechewa sebab kisah Mahfuzah dan Luth dalam karya terbaru RM tidak berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku rasa agak pelik pulak sebab tiada f.e.e.l, tiada rasa nak nangis langsung dan seperti bukan karya RM pulak. Apa sudah jadi RM ??? Aku kira buah tangan RM kali ini sungguh berbeza dengan karyanya yang pernah aku baca sebelum ni. Banyak guna bahasa inggeris dan ada banyak kesalahan ejaan dan ini jugak agak mengganggu konsentrasi bacaanku dan buat mood aku ke laut jadinya adoiii.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis

Buat semua pencinta kisah cinta yang sakit, terimalah…

Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah.

Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia.
Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika.

Namun, perjalanan itu tidak mudah.
Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana.

“Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri awak dulu....”
- Mahfuzah
“Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu adalah tugas saya.…” – Luth

Luth berpegang kepada janjinya. Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati? Iaitu rasa mencintai.

Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti.

Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan.

“You are right. I need a son. Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah
“I am much obliged, cik puan ...” - Luth

Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam.

Luth jatuh menekur ke lantai takdir. Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat. Dan, seperti nama mereka, dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya.

 

 ... lagu Rapuh  - Nastia ...

 


 

 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment