Bintang Tanpa Nama



Penulis   :  Ainul Farihah      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JIWA
Bilangan Mukasurat : 399
Tarikh Terbitan : 2024  
ISBN :  978-629-7561-17-2 
Rating :
  
       
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis hebat ni selepas
Vehaen : Satu Cerita, Vehaen II : Rifat, Lilin Anugerah Teragung Dari Tuhan dan
Yang Paling Patah Antara Kita.

Ini kisah tentang Aya dan Ilham, dua watak yang wujud dalam dunia nyata, melalui perjalanan hidup yang penuh luka, parut dan patah hati dalam terpaksa. Peribahasa Melayu mengatakan 'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul'. Begitulah yang terjadi kepada Aya dan Ilham.  Aya kehilangan kasih sayang seorang ibu dan perhatian seorang ayah. Manakala Ilham merindukan perhatian seorang ayah dan perlu bertahan kuat demi ibunya. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak, pilu dan sakit dadaku. Aku seperti dapat merasai dan menjiwai segala yang telah berlaku kepada Aya dan Ilham.

Aku jatuh kasihan berkali-kali dengan Ilham yang punyai sejarah hidup yang penuh derita dan trauma zaman kanak-kanak sehingga mengalami gangguan tekanan emosi yang berpanjangan hingga dewasa. Pengalaman pahit biarpun sudah lama berlalu namun ia tidak mudah untuk kita lupakan. Bahkan, ia mungkin masih atau akan tetap memberi kesan kepada kehidupan kita di masa akan datang. Apa yang pasti, emosi yang dirobek tercedera ini perlu masa yang panjang untuk dipulihkan dan mungkin tidak terubati.

Dalam hidup kita ini akan sentiasa ada satu bintang tanpa nama yang akan bersinar dan tersimpan kemas dalam lubuk hati dan ingatan kita sepanjang hayat.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih Aya dan Ilham ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
 
Sinopsis   
  
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.

Terpulang — dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat — kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.

 

 ... lagu Ku Petik Bintang-bintang - Kenny, Remi & Martin ...

 


 


 

No comments:

Post a Comment