Mr Troublemaker 2


 

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Cik Bawang

Bilangan Mukasurat : 385 (ebook)
Tarikh Terbitan : Sept 2024
Rating :

 



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie dan Mr Troublemaker.

Ini adalah sambungan kisah Fahim dan Suha selepas 10 tahun mereka terpisah dan bertemu semula. Rupa-rupanya, bos di tempat kerja baru Suha adalah Fahim, suami 'paksa rela' yang ditinggalkan Suha. Apa yang buat aku tertarik untuk terus baca ebook ni, penulis pandai mengolah plot cerita yang santai je dan berjaya mencuit hati aku. Ada juga beberapa watak dalam karya lain yang muncul dalam kisah diorang ni yang buat lagi seronok untuk aku layan. Dan yang paling aku suka layan watak si Fahim ni memang boleh buat aku gelak, sengih dan ternganga pun ada jugak. Berjaya buat aku melekat terus baca dalam masa kurang daripada 2 jam tu...perrghh memang pecah rekod betul.

Pepatah melayu kata, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Itulah dapatnya bila Suha hilangkan diri daripada Fahim. 'Kalau dah jodoh tak ke mana' kan... Akhirnya happy ending jugak buat diorang ni selepas Fahim berjaya luahkan isi hati dan buktikan kasih dan sayangnya itu telah bermula sejak zaman sekolah menengah mereka lagi he he he. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 

Sinopsis 

Sepuluh tahun bukan satu waktu yang sekejap. Begitulah usia perkahwinan Tengku Fahim dan Nasuha. Sudah cukup selama itu mereka buat haluan sendiri, Fahim tekad mahu perbetulkan keadaan dan mencari semula isterinya yang membawa diri.

Takdir seakan menyebelahi dirinya kali ini. Mereka dipertemukan semula di tempat kerja yang sama sebagai bos dan pekerja.

Dipertemukan dengan versi yang lebih matang, berpendidikan dan bekerjaya.

Suha dah tak boleh lari lagi! Fahim pula mengambil peluang mahu hubungan mereka seperti suami isteri yang lain.


 

 

 

 

“Aku suami. Kau isteri. Suami dan isteri kenalah tinggal serumah.” - Fahim


 

“Tak payahlah pura-pura nak jadi suami ke apa. Kalau kau lupa, aku nak ingatkan sebab aku takkan pernah lupa. Awal perkahwinan kita dulu, kau cakap apa pada kawan kau yang nama Haidar tu? Kau cakap nanti bila keadaan dah tenang kau nak ceraikan aku. Takkan la kau nak kahwin dengan Nasuha budak kampung dan gemuk ni, kan?” - Nasuha

Suha ingat sepuluh tahun cukup untuk mengubati luka lama. Rupanya setelah bertemu semula dengan Fahim dan keluarga lelaki itu, luka yang dianggap telah kering masih basah.

Dia nak mulakan hidup baru. Dia mahu melepaskan Fahim pergi daripada hidupnya. Tidak mahu lagi ada sebarang hubungan dengan lelaki itu.

Tapi bagaimana cara untuk Suha melepaskan diri kalau Fahim yang ada di depannya sekarang bukan lagi Fahim yang dulu, acuh tak acuh ketika menjadi suaminya. Sedangkan sekarang Fahim tegas menggunakan kuasa vetonya sebagai suami.

 

 

 ... lagu Bintang Yang Hilang - Arvian Dwi ...

 

 

 ... lagu Takdir Tercipta - Hafiz feat. Adira ...

 


 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment