Jentayu Menanti Hujan

 

 

Penulis   :  Ella Syasdhia  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Novella House
Bilangan Mukasurat : 527
Tarikh Terbitan : Okt 2021  
eISBN :  978-967-2614-08-7 
Rating :
★★
 
    
 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ini selepas Kekasih SegeraSelepas aku riki baru aku tahu rupanya jentayu adalah burung geruda. Burung ini selalu berseru meminta hujan. Jadi, makna peribahasa Jentayu Menanti Hujan ni sebenarnya adalah orang yang sangat rindu akan sesuatu seperti kepada kekasih dan lain-lain.

Akhirnya dapat juga aku beli buku ni secara terus dengan penulis karya hebat ni setelah lama mencari. Walaupun tajuk karya ini nampak kurang menarik untuk dibaca, namun setelah aku baca keseluruhan isi cerita dalam karya ini, jujur aku katakan kisah Haniya dan Ayaan ini memang terkesan hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Haniya hilang ingatannya setelah terlibat dalam kemalangan kereta dan tidak ingat langsung sudah bertunang. Ayaan pula anak yatim piatu yang diuji ayah dan ibunya adalah sedarah dan dari nasab yang sama. Aku jatuh kasihan dengan beban-beban duka dan penderitaan yang ditanggung oleh Ayaan.

Banyak mutiara ilmu, doa dan kata-kata nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ini. Tentang orang yang mengalami Dissociative Amnesia -  gagal mengingati peristiwa yang berlaku dua tahun lalu. Tentang perkahwinan syubhah fa'il, iaitu ayah Ayaan telah berkahwin dengan adiknya sendiri dari isteri kedua atuk Ayaan tanpa mengetahui mereka adalah senasab. Mengikut syarak, perkahwinan mereka terbubar. Namun di sisi agama Ayaan dan Syaraf adalah anak sah taraf dan sah nasabnya kerana perkahwinan ayah dan ibu mereka adalah perbuatan syubhah yang gugur dosa serta gugur haramnya. Tentang penderaan dan dendam. Tentang aurat seorang wanita yang perlu dijaga. Tapi yang paling aku suka ialah dengan coretan bersalut harfiah/makna tersurat atau ayat-ayat jiwang yang ditulis oleh Ayaan dalam bentuk origami, bukan kata jantung Haniya je berdetak laju, aku pun rasa sesak nafas, isi perut rasa kembang kuncup jugak hailahh he he ... 

Aduhai, mana nak cari suami seperti Ayaan ni ye. Penyabar betul si Ayaan ni... Kalau orang lain aku rasa dah lama kena tinggal si Haniya ni he he. Macam ni baru betul boleh buat menantu...memang T.E.R.B.A.I.K !!!  Bukan macam sekarang ni ramai menantu jadi hantuuu ha ha ha.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis 

Macam mana kalau, kemalangan Haniya bersebab?

Macam mana kalau, Ayaan tu sebenarnya petualang seperti yang dimomok Darwish?

Macam mana pula kalau, Haniya yang sebenarnya jahat dan mempermainkan dua lelaki tersebut?

Memori Haniya hilang setelah dia bangun dari koma. Dia terperangkap dalam ingatan dua tahun lepas. Makanya bila diberitahu dia telah bertunang dengan Ayaan, Haniya merayu minta putus. Siapa sanggup bertunang dengan lelaki asing, walaupun Ayaan tu jatuh katogeri kacak dengan sepasang long dimple?

“Awak pergi sebulan pun saya tak hairanlah.” – Haniya.

“Ya Muqallibal Qulub, sang pembolak-balikkan hati, hantarkan desiran rindu ke dalam kalbu si kurang kasih sayang tu. Agar dia tahu bagaimana nilai derita si jentayu yang menantikan hujannya.” – Ayaan Darwish.

Namun hari demi hari, mereka semakin serasi. Tapi Ayaan tak tahu, diam-diam Haniya sedang mencantum kembali puzzle memorinya. Yang mana kepingan puzzle tersebut disorok oleh Ayaan sendiri.

Haniya tak tahu, dia telah menghampiri garis bahaya. Ada seseorang yang memerhati dan menantinya penuh taksub. Apabila yang jahat lahir dari penganiayaan, ketaksuban diakhiri pembunuhan, haloba berganti penyesalan, apakah nafasmu masih dalam reda Tuhan?

Tanya Ayaan, bagaimana sang jentayu mengungkap syair rindu kepada si hujan?

 


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 Jika rindu laksana perahu
Nescaya karam ditabrak keghairahan ombak
seperti rinduku tak dibalasmu
karamlah aku dalam lautan nestapa
 
 Jihad tu bukan sekadar bangkit berperang demi Allah dan agama. 
Tapi melawan nafsu, menolak yang batil dan laksanakan perintah Allah, itu juga satu jihad. 
Malah jihad yang besar.

Ada 3 benda yang syariat suka, nafsu pun suka. 
Pertama kahwin, Kedua bersahur lewat dan ketiga berbuka puasa awal

Mata akan lupa siapa yang ia lihat,
Akan tetapi hati tidak akan lupa siapa yang ia cinta.

Kata Imam As Syafie,
Jangan mencintai seseorang yang tidak cintakan Tuhanmu
Jika dia tega meninggalkan Allah, apatah lagi meninggalkan kamu.
Kataku pula, begitulah sebaliknya. Bahkan hatimu telah kuikat simpul mati.
Kerana kau melengkapi setiap kekuranganku.

Surah Al Baqarah, Ya Tuhan kami, berikan kami kelapangan
 
Wahai Tuhan penyelesai kesedihan , wahai Tuhan penyingkap penderitaan, wahai Tuhan yang mengampun dan mengasihani hambaNya. 
Ampunkan hamba hina ini ya Allah, andai kata masih tersimpan dendam serakah, hilangkanlah. Andai kata aku masih tak reda, permudahkanlah. Jadikan Al Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

Doa untuk melindungi diri dari sihir. Baca selepas solat, tiup kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Semoga selalu dipeliharaNya
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah Yang Maha Sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya" 
 
Menghalang seseorang patuh akan perintah Allah tak kiralah dengan apa kaedah sekalipun, hukumnya berdosa besar. 
Bila seseorang melakukan perintah Allah bukan keranaNya, jadi syirik. 
Manakala meninggalkan perintah Allah kerana selain dariNya, dipanggil riyak.
 
Jika kau rasa dadamu teramat sesak dihimpit dugaan dunia,
Bukalah mata dan lihat setiap ciptaan Allah.
Nescaya kau sedar semesta Tuhan sangat luas.
Manakala maslahahmu sekecil biji kurma.
 
Ujian persis awan mendung. Bersabarlah menanti ia berarak pergi.
 
Belajar sabar bagaikan Asiah
Setia seperti Khadijah
Suci persis Maryam
Ikhlas mirip Aisyah
 
Gadisku, bersinarlah seperti bintang.
Biarpun dikelilingi awan garang.
Yakinlah dirimu mampu bersinar terang.
Meskipun ada yang mencela,
Pejamkan mata dan dengarkan aku yang masih setia,
Betapa harkat cintaku tak terhitung banyaknya. 

Islam mengajar wanita supaya sempurna menutup aurat,
Be like a diamond precious and rare, not like a stone found everywhere.

Tangisan taubat dari seorang pendosa lebih Allah cintai, daripada tasbih orang yang sombong. Kalau tak mampu berlumba dengan orang yang soleh dalam hal ibadah, maka berlumbalah dengan pendosa dalam hal istighfar
 
 Takrif hadas besar ialah orang yang memerlukan mandi wajib.
Hadas kecil, yang memerlukan wuduk.

Fitnah sekarang bukan lagi lahir dari lidah, tapi bersepah di hujung jari.

Hadis riwayat Bukhari, mimpi terbahagi kepada 3 macam :-
Pertama, bisikan hati, kesan daripada apa yang kita fikir hari-hari bertetapan dengan kajian saintis yang dipanggil REM (rapid eye movement).
Kedua, mainan syaitan untuk menakutkan atau menyedihkan anak Adam.
Ketiga, khabar gembira dari Allah.

Sayangku Haniya, hawa cerminan bidadari. Tertewas sang mufassir dalam menterjemahkan pesonamu, apatah lagi kalbu arjuna yang tertawan. Sangkaku cuma layak memuja, tapi potret takdir melakar sebaliknya. Terima kasih kerana menjadi pelangi sesudah badai.

Kekasihku Ayaan Darwish. Sosok pahlawan dipahat sempurna. Akulah si majnun yang mencintai kerana jiwa luhurmu. Kagum akan kelopak keperibadianmu. Andai kau pinta coretkan syair kalbuku, nescaya penanya habis. Untuk setiap bisikan syahdu cinta ini, ku balas setia nan teguh.

Sabar itu nikmat sewaktu ujian mendatangimu. Lukiskan senyum sambil menanti awan mendung itu berarak pergi.


 
 ... lagu Mahabbah Rasul - Ibnu Sina ...
 
 

 

 ... lagu Hal Hebat- Ernie Zakri & Ade Govinda ...


 
 
 
jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  


 

 

 

No comments:

Post a Comment