Sweet Sour

Penulis   :  Nasz  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Idea Kreatif
Bilangan Mukasurat : 482
Tarikh Terbitan : Ogos 2024  
ISBN :  978-967-2803-57-7 
Rating : 

 
Penulis   :  Nasz  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Idea Kreatif
Bilangan Mukasurat : 522
Tarikh Terbitan : Ogos 2024  
ISBN :  978-967-2803-58-4 
Rating :


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ini selepas Sweet Sour, Karamel dan Lazuardi

Sebenarnya ni karya lama tapi diterbitkan semula dan ada tambahan plot dan beberapa scene dari versi lama. Jadinya, aku beli yang soft cover yang dipecahkan jadi dua buku, tak larat dah nak pegang buku hardcover yang tebal tu sebab akak dah tua dek ooi ha ha. Pertama kali mengenali karya penulis hebat ini adalah pada 11 tahun yang lalu. Allahu, terasa seperti baru semalam je aku baca kisah ni. Selepas berkali-kali aku khatam baca kisah ini tanpa jemu, kini penulis hebat ni keluarkan versi revamp pulak. 

Kisah Alia, Joe dan Zarul ni memang 'mendera' jiwa dan raga aku je tau. Aku tidak akan komen di sini lagi sebabnya perasaan aku masih sama dan masih tak boleh 'move on' dengan Joe ni masih angau tahap 'high dose' hingga ke saat ini adoi macam mana nak buat tu Nasz ??? Walau jahat macam mana sekali pun si Joe Jambul ni masih tetap menjadi pujaan hati aku ni dari dulu, kini dan selamanya tau ha ha ha. 

Pergghh macam ni rupanya perangai orang yang memang sayang giler dengan belahan hati hingga sanggup buat apa sahaja demi orang yang dicintainya...

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

T.E.R.B.A.I.K.K

 

Sinopsis 


 


Lapan tahun hidup Alia Akma ada Azarul Hisyam. Lapan tahun yang panjang. Ada suka, duka, ketawa, menangis,merajuk, marah, bahagia.

Hidup Lia terasa begitu mudah bila bersama Zarul. Semuanya seperti apa yang di rancang.

 

Tiba-tiba datang Joe.

 


 

“Umur?” Hanim, kawan baik Lia bersoal jawab berkenaan Joe.
“Tak tau.”
“Dia kerja apa?”
“Entah.”
“Sekolah mana?”
“Mana aku tau kat mana dia sekolah.”
“Apa makanan kegemaran dia?”
“Motif kau tanya makanan kegemaran segala. Kau ingat aku mak dia ke nak tau dia suka makan apa?” Lia marah Hanim.

Siapa sebenarnya Joe?

 

 

 

 

 ... lagu Million of Scarlet Roses - Alla Pugacheva ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Nasz  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment