Hana

 

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Publication

Bilangan Mukasurat : 376
Tarikh Terbitan : Nov 2023
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat buku ke 5 selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband dan Dean.

Pada mulanya aku memang agak teruja nak baca semua kisah yang berkait dengan Dean anak beranak ni. Kisah Hana anak perempuan si Dean dengan Qaiser ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah yang santai je, tiada konflik yang peningkan kepala aku nak baca he he he.  Cuma banyak sangat kisah romantis antara Hana dan Qaiser ni buat aku agak lelah nak habiskan bacaan sampai muka surat terakhir. Okay, lepas ni dah boleh move on dengan kisah lain pulak.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

HANA, MADLY IN LOVE WITH YOU

Farhana Nurdina binti Fauzan Ad Deen dan Muhammad Qaiser Adha bin Aydan berkahwin setelah bertahun saling jatuh cinta. Tetapi sifat dendam dan amarah seseorang telah memusnahkan impian mereka. Qaiser telah lumpuh selepas dilanggar kereta di hari pernikahan mereka.

"Kita berpisah, Hana." - Qaiser.
"No! Sampai hati abang buat Hana macam ni. Hana cintakan abang." - Hana
"Cinta saja takkan buat kita bahagia! Kita tak patut berkahwin." - Qaiser

Hana kecewa dengan Qaiser yang awal-awal menyerah langsung tidak berusaha. Qaiser pula terpaksa demi masa depan mereka.

Setelah dua tahun tidak berjumpa, Hana dan Qaiser dipertemukan semula. Masing-masing menyimpan rasa tetapi kehadiran Salina di samping Qaiser dan kehadiran Naqi buat Hana tersepit.

Sekiranya Qaiser bukan untuknya, dia reda melepaskan lelaki itu pergi. Asalkan hidupnya tenang walaupun sendirian.

"Hana, my princess. I am madly in love with you. Yakinlah yang rasa itu tetap ada walau kita tak bersua." - Qaiser




No comments:

Post a Comment