Beautiful Lie


 

Penulis   :  Mazni Aznita
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21

Bilangan Mukasurat : 578
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-86-0951-7
Rating :

 

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat buku ke 9 selepas Spy Hati Dari Chantilly, Street Vendetta,  Mencari Kiblat CintaLelaki Itu UntukkuCinta Bukan LaranganKasihku ArinaMungkin Nanti dan Venom Suria

Syukur, tak sangka setelah hampir 5 tahun, aku dapat baca semula karya penulis hebat ini.  Aku tak nak comment berjela, kisah Adriana dan Mirza ni memang berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Buat aku rasa lebih berdebar dan memang mencabar tahap kesabaranku nak tahu kesudahan kisah diorang ni yang sebenarnya dan banyak putar dan belit rahsianya.

Dendam tidak akan buat kita rasa bahagia dan tenang. Malah, dendam akan buat jiwa kita semakin keras dan kotor. Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga terpaksa menurut kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Kerana diugut, dia setuju menjadi tutor untuk Adham Mirza yang agak nakal dan pemalas.

Adham Mirza lelaki muda yang tidak pernah punya cita-cita tinggi kecuali menghabiskan masa dengan berhibur. Dan bila Adriana muncul dalam hidupnya, targetnya hanya satu, mahu menyingkirkan gadis itu dari rumahnya.

Namun, satu tragedi hitam mengubah hidup mereka selamanya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya, Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.

“Jadi ini rupa sebenar Adriana Imaniyah? A big fat liar? Is that what you really are? Kau gadis dengan dua wajah, yang hanya muncul untuk buat aku jadi gila. Well, a big applause for you dear. You did a very good job.” - MIRZA

Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak dulu lagi?

“Saya tak bermaksud untuk menghuru-harakan hidup seseorang. Sekurang-kurangnya bukan hidup awak Mirza.” - ADRIANA

 

 ... lagu Jangan Ada Benci - Casey ...

 


 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

No comments:

Post a Comment