Jangan Letih Mencintaiku


 


Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Cik Bawang

Bilangan Mukasurat : 291 (ebook)
Tarikh Terbitan : 2021
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean dan Hana.

Kisah Husna dan Khalish nampak macam cliche, kisah orang yang macam kena kahwin paksa je. Tapi kisah diorang ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati aku ni dan mainkan emosi aku jugak. Walaupun Husna diminta untuk dinikahi Khalish secara tiba-tiba untuk menggantikan kekasih yang dicintai bertahun lamanya. Namun, Khalish redha dan berjanji akan menjaga dan berusaha untuk membina bahagia bersama Husna walaupun mendapat tentangan dan perbuatan kejam dari mamanya sendiri. Orang kata bercinta lepas nikah ini lebih manis dan indah.

Ya, kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Seseorang yang ditakdirkan untukmu akan tetap selalu kembali padamu walaupun setelah menjauh.

"Nak kahwin dengan aku tak?" - Khalish

"Awak paksa saya kahwin tahu tak!"- Husna

"Kau single, aku single. Apa masalahnya nak kahwin?"-Khalish

"Masalahnya tiba-tiba. Tahu tak tiba-tiba?"-Husna

"Dah jodoh. Tak ada tiba-tibanya."-Khalish

Khalish mencari Husna untuk menggantikan pengantin perempuan yang hilang.
Husna yang sudah lama menaruh hati pada Khalish seakan diberi durian runtuh. Dia yang sebatang kara tiba-tiba dihulur dahan untuk berpaut.

"I promise you, nothing bad is going to happen if we get married. I will take care of you through whatever and whenever. Trust me. Kita tak kahwin olok-olok."-Khalish

"Jangan sia-siakan saya!"-Husna

"Aku janji."- Khalish

Janji-janji Khalish manis didengari sehingga Husna berani menyulam impian bersama lelaki yang dicintai. Tetapi tanpa Husna sedar, dahan yang dihulur diiringi badai yang bakal memusnahkan sekeping hati.

"Ada dua K yang sangat penting dalam hubungan. Kesetiaan dan kepercayaan."- Khalish

"Saya cuba, tapi keadaan memaksa."- Husna

Apa gunanya cinta kalau terus menderita? Mampukah mereka bertahan demi cinta atau berputus asa setelah letih untuk terus mencintai?

 

  ... lagu Untukmu Aku Bertahan  - Afghan ...





 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment