Noktah

 


 

Penulis   :  Rehan Makhtar       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 713
Tarikh Terbitan : Nov 2023  
ISBN :  978-967-14261-7-3 
Rating :  ★★

       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketujuh penulis ini selepas Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Satu lagi kisah anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah yang memang terjadi di luar sana. Tahukah kita anak tidak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol. Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak berkenaan. Oleh itu, mereka tidak boleh menerima harta pusaka, tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Ini kisah tentang pengorbanan seorang anak tidak sah taraf kepada ibu yang melahirkannya. Aku rasa terlalu lelah baca kisah Naihara ni yang sering mengalah dan terlalu mengikut kehendak seorang ibu yang tidak layak di gelar ibu. Walaupun telah didera secara fizikal dan mental, Naihara tetap sayang dan rela berkorban untuk ibu yang sangat disayanginya. Meskipun terpaksa mengorbankan diri sendiri.

Adoi, geram betul dengan perangai Haq seorang lelaki dominan yang egonya tinggi melangit. 

Sejujurnya, kisah diorang ni kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis
 

Gadis itu adalah penawar yang beracun.
Lelaki itu adalah kekuatan yang melemahkan.

Naihara lemas dalam airmata.
Haq terbakar dalam kecewa.

Yang lemas perlu ditarik ke tepian. Yang terbakar harus dipadamkan.
Atau mereka sekadar membiarkan yang lemas tenggelam ke dasar dan melihat yang terbakar menjadi abu.

“Mungkin bahagia itu akan datang setelah saya mati…” – NAIHARA
“Dan aku akan ikut sama untuk pastikan kau terus menderita…” - HAQ

 

  ... lagu Dugaanku  - Ning Baizura ...

 


 



 

No comments:

Post a Comment