Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 611
Tarikh Terbitan : August 2014
ISBN : 978-967-0890-27-2
Rating : ★★★★
Ulasan :
Ini adalah buku kedua penulis ini yang telah kubaca selepas Tiba-Tiba, Dia Ada. Secara peribadi, karya ini lebih menyentuh hati aku berbanding karya pertamanya yang kubaca dulu. Sejujurnya setelah habis membaca karya ini buat aku menyedari kekurangan diri ini dan sebagai hambaNYA kita memang tidak sempurna dan akan sentiasa diuji selagi kita bernafas di bumi ALLAH ini. Usah memandang rendah kepada mereka yang kita sangka kurang sempurna daripada kita kerana orang yang kurang sempurna itulah kekadang yang lebih mulia di sisi Allah. Dan setiap ujian yang diberikan kepada kita itu sebenarnya adalah kerana kita masih disayangi dan ingin menyelamatkan kita sebagai hambaNYA.
Kisah ini bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa yang beku malah dapat membuka minda supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada pembaca. Banyak kata-kata nasihat berupa mutiara kata, hadis dan sunnah Nabi yang dapat dijadikan sebagai makanan kepada jiwa yang kosong untuk pembaca di luar sana. Bacalah dengan mata hati dan mata akalmu, insya Allah pasti akan beroleh jawapan disebalik apa yang berlaku kepada kita. Semua yang berlaku kepada kita adalah hanya dengan izin Allah dan ada sebab dan tujuannya.
Sinopsis
Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.
“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH
PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?
“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH
Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.
“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA
Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat.
“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH
Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH
Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.
Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?
... Tika Dinihari - Devotees luahan hati Luthfiya ...
... Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun & Irsyadee luahan hati Payed ...
...Kalimah Cinta - In-Team ...
No comments:
Post a Comment