Penulis : Hezzy Azra
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Buku Karangkraf Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 580
Tarikh Terbitan : 10 July 2015
ISBN : 978-967-860-589-2
Rating : ★★★★
Ulasan :
Ini adalah buku keenam yang telah kubaca selepas Semerah Red Velvet, Aku Pilih Dia, Sah, Aku Cinta Kamu, Melodi Kasih, Kenangan Terindah.
Nak tahu kenapa aku suka baca buku penulis sweet ni ??? Sebab semua karyanya bukan saja penuh dengan bunga-bunga CHINTA je tapi penuh bisa dan ada getarnya juga he he he memang puas hati tahap O.V.E.R.L.O.A.D macam air yang melempah-lempah dan setiap satu karyanya pasti punyai nilai keindahan yang tersendiri. Betul, kalau tak percaya kena baca sendiri tau...
Aku tak nak comment panjang, cukup kalau aku katakan ini cerita pasal bapa mertua tak suka menantu lelaki, memang mengundang pelbagai rasa dihati, terutama bahagian akhir cerita ni agak sedih dan sebak memang boleh buat aku nangis tu. Kisah cinta Syirin dan Zakhif ni memang buat haru jiwa raga, tak sangka-sangka. Jeneral Hambali ni memang bikin hati Zakhif haru biru je tau...tapi salute dgn sifat penyabar dan tidak berdendam Zakhif. Macam ni baru betul boleh buat menantu...memang T.E.R.B.A.I.K !!! Bukan macam sekarang ni ramai menantu jadi hantuuu he he he. Orang dolu dolu kata bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Agaknya semua tentera perangai macam Leftenan Jeneral Hambali ni ke ??? Boleh tukar tajuk tak jadi Dia, Bapa Mertuaku baru kena macam Ibu Mertuaku cerita P Ramle tu he he he.
Tahniah Hezzy, anda memang berjaya mengusik hati dan jiwaku ini, bijak mengolah, mengatur perjalanan setiap watak dan dikembangkan dengan begitu sempurna sekali. Apa yang pasti, kisah ini mampu beri kesan dihati dan bukan saja buat aku tersenyum puas dengan akhiran ceritanya yang sweet and lovely ending ni yeaaa tapi apa yang lebih penting, terselit dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman buat pembaca di luar sana.
Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Nur Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.Tetapi Zakhif sedar siapa dia.
Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”
Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.
... Jangan Bersedih Lagi - Anuar Zain ...
... Cinta Di Akhir Garisan - Nora, Ning Baizura, Ziana Zain & Dessy Fitri ...
Salam singgah.. good review.. definitely nak cari
ReplyDeleteTerima kasih singgah baca Norlia...
Delete