Penulis : Khairyn Othman
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Fiction, Thriller, Romance
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 511
Tarikh Terbitan : June 2011
ISBN : 978-967-5118-62-3
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Ini buku kedua selepas Dame Zoete Sarah. Alhamdulillah, aku terpesona dan terbuai dengan kisah sejarah para mujahid Islam terdahulu yang penuh dengan nilai-nilai murni yang patut diteladani dan ambil peduli. Bukan sekadar kisah yang sarat dengan pengajaran dan menyedarkan malah dapat dijadikan muhasabah diri. T.E.R.B.A.I.K.
Pendapat peribadi, kisah yang ditonjolkan dalam karya ni memang punya aura yang tersendiri. Penulis mengolah perjalanan cerita dan watak-watak utama yang ada dalam cerita ni dalam dua bahagian iaitu bahagian pertama kisah kehidupan Dina dan pertemuannya dengan Aaron Mauricio sewaktu bercuti di Sepanyol dan tempat-tempat menarik tinggalan sejarawan Islam yang dilawatinya. Bahagian kedua pula menceritakan tentang para pejuang Islam suatu waktu dahulu bernama Salma dan Shuib semasa mempertahankan perjuangan Islam di bumi Sepanyol.
Sejujurnya cerita ini berjaya buka mata hati dan mata akalku tentang zaman sejarah Islam di bumi Sepanyol suatu masa dahulu. Apa yang pasti kisah ini menggamit aku untuk menggali semula sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol dan untuk berkelana ke sana suatu hari nanti insya Allah.
Sinopsis
Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!
Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.
Babak 3:
Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
* * *
KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.
... lagu Sejati - Faizal Tahir ...
No comments:
Post a Comment