Penulis : Khairyn Othman
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Fiction, Thriller, Romance
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 425
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5118-99-9
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.
Dalam bahasa Belanda, Dame maksudnya lady dan Zoete pula, maksudnya manis. Jadi Dame Zoete Sarah ialah Si Gadis Manis Sarah.
Pendapat peribadi, kisah thriller yang ditonjolkan dalam karya ni memang realistik dan penuh dengan fakta bukan auta ye. Genre sebegini memang favourite aku. Kisah Cik Wartawan dan Encik Polis ni penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan buat aku tersenyum je. Buat aku tidak senang duduk dan memang tak boleh letak buku ni selagi tak habis, betul tak tipu. Memang betul-betul mencabar tahap kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Penulis berjaya mengolah perjalanan cerita dan watak-watak utama yang ada dalam cerita ni melalui unsur suspen, teknik flashback, romantis dan humor pendek kata P.A.R.F.A.I.T. !!!
Aku jadi teruja nak tahu kesudahan watak Sarah dan Salim yang terlibat dalam sindiket dadah antarabangsa. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui karya hebat ini. Baru aku tahu rupanya bidang kerjaya sebagai wartawan dan polis ni bukan sahaja begitu mencabar malah amat merbahaya dan berisiko tinggi. Ada bermacam designer drugs/jenis dadah dalam bentuk serbuk dan cecair dan dadah jenis perangsang/amphetamine adalah paling bahaya dan sering dijual dalam bentuk kapsul atau pil dikenali dengan pelbagai nama seperti syabu, iced baby, crystal, meth, speed, ya ba, ya ya, erimin 5, katamin. Dadah yang paling prominent ialah jenis cocaine dan amphetamine yang boleh menyebabkan kematian seperti serangan jantung, badan jadi terlalu panas/hyperthermia dan brain damage. Kombinasi dua jenis dadah ni, walaupun dalam dos paling sedikit, kira macam bunuh diri sebab risiko serangan jantung 24x lebih tinggi daripada orang yang tidak ambil dadah ni. Aku juga dapat mengetahui tentang asal-usul bunga tulip dan tempat-tempat menarik di Leiden dan Amsterdam. Terasa macam nak terbang pergi sana je dan terbayang-bayang bunga tulip tu depan mata ha ha ha.
Tahniah cik penulis, cerita anda memang mengasyikkan !!! Anda berjaya buatku terpikat, terpaku dan terbuai dengan Sarah dan Tuan Salim. Walaupun pada awalnya aku memang tak berapa suka dengan watak polis Tuan Salim yang berlagak bagus dan perasan handsome ni, tapi tak sangka di akhir cerita aku jadi jatuh tergolek-golek suka pulak dengan Tuan Salim 'kerek' yang berubah jadi jiwang karat ni he he he. Kalau tak percaya, cuba baca ye !!! Lepas ni aku kena cari karya-karya yang lain pulak. Semoga cik penulis akan terus berkarya dengan genre sebegini ye.
Sinopsis
Dame Zoete Sarah ialah si manis Sarah
Walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan. Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.
Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa ?
Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada 'Encik Selamat', Interpol yang kerek !
"Sarah, kemana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu" ~ Salim
Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Termanis senyummu biar ku telan selautan hempedu
Dialah gadisku selalu
Termanis senyummu biar ku telan selautan hempedu
Dialah gadisku selalu
Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku
Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cinta kan bercahaya jika disulami cinta suci
Cinta kan bercahaya jika disulami cinta suci
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku selama-lamanya
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku selama-lamanya
Dikala hidup ini rasa tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Dikala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya
Dia datang membawa harapan
Dikala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya
Cinta ku bermakna kerna sama saling memahami
Cinta ku bercahaya kerna disulami cinta suci
Cinta ku bercahaya kerna disulami cinta suci
Gadisku...
... lagu Gadisku - Search ...
No comments:
Post a Comment