Jujurlah Nikahi Aku





Penulis   :  Umie Nadzimah 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Penerbitan Karya Seni 
Bilangan Mukasurat :   672
Tarikh Terbitan :   2014
ISBN :    978-967-024-678-9  
Rating :   




 


Ulasan : 

Ini karya kedua yang kubaca selepas Dia...Isteri Luar Biasa.

Pendapat peribadi, cerita ini memang berbeza dengan buku pertama sebab cerita ini agak sedih dan panjang sikit jalan ceritanya. Memang mencabar kesabaran aku nak habiskan baca buku ni tak sabar nak tahu apa kesudahan kepada watak Nurin, Zurin, Alan dan Zanif. Penulis memang bijak mengolah plot dan perjalanan cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni sehinggakan aku jadi sakit hati 'kaw kaw' betul dengan watak Pn Azah (emak Zurin), Zurin (adik Nurin) dan Zanif (bos dan suami Nurin). Perasaan menyampah, geram dan benci pada tiga watak jahat ni memang meluap-luap dalam hati aku ni. Tetapi, watak Alan di akhir cerita ni aku macam dah boleh agak...aku tak rasa suspen sebab andaian aku memang benar belaka...he he he. Cuma aku rasa lambat sangat Nurin ni nak kecapi bahagia bersama Qayyum. 

Terima kasih Umie Nadzimah, cerita anda berjaya mengundang pelbagai rasa dihati dan buat aku jadi tak puas hati dan tidak mungkin aku akan ulang baca kisah ni lagi. Apa yang buat aku geram tu bukannya pada watak Nurin yang pada amatan aku bukanlah seorang yang cacat, cuma jari terkurang terlebih jer. Tetapi yang buat aku benci tahap melampau ni sebab watak emak dan adik Nurin...memang jahat gilerrr bikin darahku mendidih jer. 

Sebuah kisah kehidupan yang mampu menyentuh jiwa dan raga. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat pembaca di luar sana.




Sinopsis 
 




NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Dilahirkan dengan sedikit kekurangan iaitu ada 4 jari kanan dan 6 jari kiri. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?


“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

 

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.



AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.





 

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

 

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

 

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

 





Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?


 ... Pencuri - Mark Adam ...



 ... Cinta Pertama dan Terakhir - Sherina ...



No comments:

Post a Comment