Penulis : Nicki Lee
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : LoveNovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : 740
Tarikh Terbitan : June 2015
ISBN : 978-967-0907-07-9
Rating : ★★★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.
Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan cerita ini memang berbeza daripada cerita melayu cliche yang berlambak di pasaran. Cerita ni banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak dari muka surat pertama kubaca hingga akhir muka surat. Tapi semua andaian aku tersasar dan tak mengena langsung. Penulis bijak mengolah perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni. Unsur suspen dan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan setiap watak yang ada dalam cerita ini.
Syabas penulis! Walaupun aku tak pasti Cik/Encik penulis tapi aku sangat suka dengan kisah ini. Kisah penjenayah yang biasa kita dengar pasal kongsi gelap, gengster, jenayah sosial dan dadah tapi terkandung banyak pengajaran. Bacalah dan cuba ambil ikhtibar dari secebis kisah ini. Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan duniawi. Namun, satu masa satu ketika mereka pasti akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Semoga penulis terus berkarya dan menghasilkan karya yang mampu mendidik dan menyedarkan pembaca di luar sana.
Sinopsis
Mengapa takdir membiarkan kita bertemu...
Dan bercinta hanya untuk sementara waktu...
Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.
Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.
Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang.
Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.
Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.
Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.
... RomanCinta - MOJO ...
... Secret That Cannot Be Told (Bu Neng Shuo De Mi Mi) - Jay Chou ...
... Dengarlah Bintang Hatiku - De Meises ...
No comments:
Post a Comment