Bukan Cinta Secondhand





Penulis   :  Ezza Mysara
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  GedeBook  
Bilangan Mukasurat :  
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :  978-967-0185-67-5 
Rating : ★★
 


 



Ulasan :

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di www.e-sentral.com Pendapat peribadi, kisah dalam karya ini berjaya menarik aku dan buat aku melekat terus untuk baca hingga akhir cerita. Sebuah cerita yang buat aku macam main roller coaster tu...macam-macam yang aku rasa sewaktu baca cerita ni tau buat aku jadi emosi je kejap naik kejap turun...Pada awalnya aku rasa geram ada, marah ada, menyampah pun ada dengan watak Naira yang jenis tak tau malu ni, kemudian kesian pun ada jugak tapi bahagian yang akhir tu buat aku sedih betul dengan Naira ni tau...tapi akhirnya aku jatuh suka pulak dengan watak Naira ni memang jenis tak makan saman betul. Tapi yang paling aku kesian sekali ialah watak Qiuzi yang memang payah nak jumpa spesis orang macam ini tau. PERFECT orang kata. Namun, kita hanya merancang, segala rezeki, jodoh dan maut setiap manusia itu telah tertulis di Luh Mahfuz. Betul kata orang tua-tua dulu, jangan terlalu bencikan seseorang, kelak kita akan jatuh suka dengan orang tu. 

Macam tulah yang terjadi pada watak Amril ni yang dok berlakon tetapi akhirnya jatuh sayang betul dengan Naira ni. Penulis berjaya mengolah jalan cerita karya ini dengan begitu baik sekali. Apa yang aku ingin katakan penulis berjaya buat aku menjiwai watak-watak utama seperti Amril, Naira dan Qiuzi dengan begitu berkesan sekali. Ada pengajaran dan mesej yang baik yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung. Tahniah kepada penulis ini, semoga penulis akan menghasilkan karya yang lebih bermutu dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. 





Sinopsis

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can't turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.




NAIRA ILYANI- Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?





... Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza & Cakra Khan...
 







kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  



No comments:

Post a Comment