Naskah Terakhir Laura Isabell




Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 292  
 

Tarikh Terbitan : Feb 2015
ISBN : 978-967-1321-10-2  
 

Rating :    
 

 


 




Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah tersadai beberapa bulan kat atas meja aku ni akibat tuntutan harian yang tak pernah selesai. Ini adalah buku ke 6 kubaca selepas Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.
 
Kisah time travel kali ni memang buat aku teruja baca dari awal hingga ke akhir muka surat. Penulis favourite aku ni memang S.U.P.E.R.B & bijak mengolah kisah di antara Laura Isabell, Megat Alam dan Dean, iaitu kombinasi dua alam klasik dan moden. Aku tertanya-tanya adakah kisah Laura Isabell dalam karya ini mempunyai persamaan dengan tragedi kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik.


Kisah cinta luhur yang tidak kesampaian di antara Laura Isabell & Megat Alam ini sungguh tragis dan buat aku sebak hingga menitiskan air mata. Kebenaran terungkai setelah catatan Laura Isabel diserahkan Dean kepada pemiliknya dan berakhirlah pencarian waris Megat Alam. Rupa-rupanya Tok Karim adalah Megat Alam yang dicari-cari selama ini. Terlerai sudah segala teka-teki dan misteri kehilangan Laura Isabell yang telah disalah ertikan di benak Tok Karim.

Apa yang boleh aku coretkan di sini, aku lebih tertarik dengan peribadi Megat Alam bangsa melayu yang tinggi budi pekerti, tinggi ilmu agama, hebat belayar dan terpesona dengan kisah klasik Laura Isabell & Megat Alam dalam cerita ni daripada kisah moden Laura Isabell. Namun, penulis berjaya mencantumkan dua zaman dalam satu cerita ni dengan sungguh berkesan & terbaik. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana.



Takkan Melayu Hilang Di Dunia

 
Sinopsis :
 

Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.


 





2008

Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.


 







Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.

Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?

Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.








 ... lagu Mentera Semerah Padi - M Nasir ...




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-




Setiap kejadian ada hikmahnya
Hikmah itu rahsia ALLAH, sehinggalah bila tiba waktunya 
barulah hikmah itu dapat dirasai

Lautan tidak tercipta tanpa sebabnya dan pelautlah pembuka rahsia itu

Solat tahajjud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit

Telajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan selamanya diburu kesal

People who care about one another tend to argue now and again






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Anna Lee  


No comments:

Post a Comment