Penulis : Anna Lee
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Prolog Media
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan : April 2016
ISBN : 978-967-13211-3-3
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama dok terperam selama 2 bulan atas meja aku nih adoiiii. Ini adalah buku ke 4 kubaca selepas Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise dan Terukir Cinta.
Apa yang aku nak tulis di sini, penulis ni memang dah jadi antara penulis favourite aku tau, setiap karyanya pasti akan membawa aku menjelajah ke tempat yang memang aku teringin betul nak pergi. Jadinya baca buku ni pun kira macam dah tercapai lah angan-angan mat jenin aku nih he he he. Lagi satu nak bagitau, banyak yang aku pelajari tentang penyakit yang ada kaitan dengan otak manusia ni dalam setiap karya penulis ni. Kali ni Cik penulis ceritakan pulak tentang jenis penyakit fobia agoraphobia iaitu suatu perasaan takut untuk berada di tempat terbuka dan orang ramai. Baru aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorang fobia nih.
Aku tak nak komen berjeler, cukup kalau aku katakan aku memang suka dengan jalan cerita kali ni agak EXTRAORDINARY. Kenapa nak tau ??? sebab aku rasa macam penulis cerita tentang kisah dirinya sendiri pulak. Jalan cerita penuh tanda tanya dan buat aku suspen je dari bab 1 sampai bab 28, cuma dari bab 29 sampai bab 35 lepas tu aku rasa tahap suspen aku dah semakin menurun. Tapi aku layan jugak. Tak sangka kisah Tiya dan Duta berakhir dengan begitu mudah jer. Maaf ye Cik Penulis akak memang agak kechewa sebab aku memang mengharapkan aksi-aksi yang lebih umpphh dan jalan cerita dapat dikembangkan dengan lebih kebaboom lagi. I know you can do better sis !!!
Sinopsis
Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain?
Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya.
Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar?
Mustahil!
Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri.
Ada rahsia yang tersembunyi.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.
Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?
"Hello... it's me."
... lagu Bertakhta Di Hati - Faradhiya ...
... lagu Dari Jauh Saja - Khai Bahar ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment