Penulis : Nazurah Aishah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbitan : July 2011
ISBN : 978-967-5118-63-0
Rating : ★★★★
Ulasan :
Rupanya ini adalah buku ke 5 penulis yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita, Rahsia Hati Sofia, Lili Buat Najah dan Bukan Dipaksa.
Aku tak nak comment panjang lebar lagi sebab semua karya penulis ni aku dah bagitau kan dalam buku yang aku dah baca sebelum ni semuanya kalau tak buat aku nangis memang tak sah dan tiada istilah happy ending.
Cuma pendapat aku cerita kali ini agak kurang sikit duka lara, kurang meruntun jiwa aku nih dan airmata aku yang keluar kali ni pun kurang tertumpah. Kisah Elly yang hidup menumpang kasih sayang dengan keluarga angkat dan jatuh hati dengan Ehsan abang angkatnya sendiri. Hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada ayah angkatnya kerana Elly tidak diketahui asal usul kelahiran dan ayahnya. Elly beralah, menjauhkan diri dan membawa haluan sendiri. Walaupun akhiran cerita ini Elly bernikah dengan Hannan dan Ehsan telah terkorban dalam kemalangan jalan raya pada malam majlis perkahwinan Elly. Tetapi aku tetap merasa sedih lantaran takdir cinta luhur di antara Elly dan Ehsan tidak kesampaian. Ya terkadang kita terlupa dan sukar untuk terima apa yang terjadi itu adalah qada dan qadar yang maha Esa.
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.
Sinopsis
"Astaghfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.
"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? Anak haram?"
Benarkah Ellina Azura dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?
Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!
* * * *
Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.
... lagu Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman ...
... lagu Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza ...
No comments:
Post a Comment