Penulis : Sara Aisha
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 749
Tarikh Terbitan : March 2016
ISBN : 978-967-0890-96-8
Rating : ★★★+++
Ulasan :
Pertama kali baca karya penulis ini setelah beli secara terus daripada penulis beberapa bulan yang lalu.
Secara peribadi, apa yang boleh aku katakan kisah ini tentang yakuza Jepun agak menarik untuk aku baca hingga akhir cerita. Banyak maklumat baru yang dapat kupelajari tentang bandar Kyoto dan YAKUZA nih. Penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang buat aku sungguh teruja dan terus baca hingga ke akhir muka surat tanpa henti. Banyak aksi lagak ngeri dan pergaduhan ala-ala samurai diceritakan dalam kisah ini hinggakan aku jatuh cinta dengan watak Arjuna Kaede ni tau. Namun, perjalanan kisah cinta Nailah dan Arjuna ni seperti kurang dapat diterima oleh logik akal aku yang dah agak senior ni...macam kurang beri 'kick' atau kesan mendalam pada aku. Aku berjaya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja tau.
Walau bagaimanapun, ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis melalui kisah ini untuk dijadikan iktibar kepada pembaca. Cinta dan kuasa boleh membuat manusia hilang pertimbangan dan pedoman malah boleh bertukar menjadi seorang yang kejam dan tiada peri kemanusiaan walaupun pada darah daging keturunan sendiri. Tahniah kepada penulis ini, semoga dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa akan datang.
Sinopsis
Musim dingin 2015. Kyoto.
Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.
A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.
“Stay away from him.”
Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?
“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?
“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri
Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede. Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!
“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah
Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?
Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.
... lagu Ribaibaru - Mayumi Itsuwa...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Sara Aisha
hai...sudi xjual novel ni dekat saya?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete