Penulis : E-Man Sufi
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Cinta
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 544
Tarikh Terbitan : November 2011
ISBN : 978-967-0246-10-9
Rating : ★★★★
Ulasan
Terbaca dalam penulisan2u dan tertarik nak baca lebih lanjut cerita yang agak kelakar ni...aku pun terus cari buku ni di MPH. Merupakan karya E-Man Sufi yang pertama aku baca dan dari muka surat pertama hingga akhir muka surat memang buatkan aku tak berhenti ketawa terbahak-bahak dan memang menggelikan hati jer.. betul tak tipu...dan E-Man Sufi kira dah masuk dalam senarai penulis 'favorite' aku tau...Walau pun tema dan plot ceritanya cinta antara dua darjat yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran sekarang, kahwin terpaksa dan kemudian jatuh cinta selepas kahwin...tapi jalan cerita yang agak berbeza sedikit dengan penulis yang lain...lebih banyak berkisar di kampung, ada kolam air, pacat, ikan laga, dusun ...gaya penulisan bahasanya pulak 'santai' dan menghiburkan tak beratkan kepala aku nak fikir banyak-banyak memang buat aku seronok baca buku nih...watak Uwais pada aku memang sangat nakal, mencuit hati dan lagilah masa dia dah 'angau' memang tak boleh tahan gelak...watak emaknya Makcik Sari pulak memang garang tapi dalam masa yang sama kelakar habis sebab dialog dia ni memang buat aku tak berhenti ketawa jer memanjang...dan aku rasa inilah watak ibu mertua idaman hati satu Malaya tau... satu lagi watak Fawaz, sepupu Hannah ni walau pun pada permulaannya agak menjengkelkan dan buat sakit hati tapi lama-kelamaan watak dia ni buat aku tersenyum sendiri jer.. tak boleh tahan gelak bila dia dah 'angau'...tak boleh aku nak bayangkan dalam realiti watak dia ni memang 'Terbaikk'....
Watak-watak inilah yang aku rasa berjaya menghidupkan cerita ni secara keseluruhannya dan memeriahkan suasana dengan aksi nakal dan dialog/monolog bersahaja dan memang boleh hilangkan stress.. jadi kalau ada yang nak hilangkan stress boleh cari buku ni ye...memang berbaloi beli buku ni he he he...Tahniah kepada penulis kerana berjaya hasilkan karya yang mempunyai sentuhan humor yang boleh 'menggeletek hati' dan 'sakit perut' pembaca dan dapat 'menghidupkan' watak-watak penting dalam ceritanya melalui aksi lucu dan dialog 'sempoi'.
Sinopsis
Perkahwinan Hannah Maryam dengan Tengku Muiz terpaksa dibatalkan kerana tunangnya Tengku
Muiz kena tangkap khalwat dengan seorang budak perempuan dibawah umur. Tok
Ayah berkeras meneruskan perkahwinan Hannah dengan calon pilihannya seorang penjual
burger, Uwais Ukasyah. Pangkat Hannah sebagai CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan atoknya. Sebagai CEO di syarikat milik keluarganya, Hannah sentiasa sombong dan berbangga diri dengan kemewahannya yang dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang
yang sering diherdik dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya
sendiri Uwais Ukasyah. Uwais tiada harta tapi kaya dengan kesabaran.
Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
Mula-mula mereka ni saling benci antara satu sama lain, asyik bergaduh dan bertikam lidah je, kemudian timbul rasa sayang dan cinta antara mereka berdua. Sikap sabar Uwais mendatangkan hasil bila Hannah mula menunjukkan sikap positif dan ambil berat pada Uwais setelah mengetahui Uwais sebenarnya adalah lulusan dari Universiti dari Jordan. Namun cinta yang baru berputik itu diuji bila Fawas sepupu Hannah yang pernah kecewa kerana Hannah memilih Tengku Muiz kembali dari Dubai. Fawaz ingatkan bila balik, dia dapat 'tackle' Hannah semula tanpa diketahui Hannah sudah berkahwin. Maka di sinilah bermula adegan yang mencuit hati di antara Uwais, Fawas dan Makcik Sari. Kalau nak tahu lebih lanjut ceritanya kena dapatkan buku ni ye...

kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link ni... E-Man Sufi
No comments:
Post a Comment