BuKaN IsTeRi SeMpUrNa






Penulis  :  Tulip Ungu
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 584
Tarikh Terbitan : September 2013
ISBN : 978-967-0448-41-1
Rating :







Sinopsis

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.


Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”














Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”



Ulasan

Secara tak sengaja terbaca cerita ni di blog penulis sendiri walau pun tidak pernah baca lagi karya penulis ini...tertarik dengan watak utama Nina di permulaan jalan ceritanya dan teruja nak tahu lebih lanjut...terus cari buku dan habis baca buku ni dalam masa satu hari je...pendapat peribadi aku tema dan plot ceritanya hampir sama dengan kebanyakan novel di pasaran sekarang...gaya penulisannya 'santai' dan tak beratkan kepala nak fikir banyak-banyak apa yang akan terjadi seterusnya...dan dah boleh agak 'happy ending'..secara keseluruhannya cerita yang menarik untuk dibaca walaupun aku dah boleh agak bagaimana kesudahan cerita ni sebab hampir tiada unsur suspen....cuma aku rasa agak terganggu dengan pengulangan ayat dan dialog/monolog yang sama di beberapa bab yang kurang memberi daya tarikan kepada pembaca menghayati watak-watak utama... Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menerbitkan karya novel ini di pasaran. Semoga tulip ungu akan terus berkarya dengan karya yang lebih menyengat dan berbisa di masa akan datang.


kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link...   tulip ungu


No comments:

Post a Comment