Awak Suka Saya Tak ?





Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1056
Tarikh Terbitan : 15 Oktober 2011
ISBN : 978-967-0246-07-9
Rating :






Ulasan

Tajuk buku yang begitu simbolik ini memang memberi kesan yang mendalam dan sungguh luar biasa...akhirnya aku berjaya juga baca karya pertama Melur Jelita ni...buku yang ketebalannya memang buatkan aku rasa memang tebal dan berat sungguh untuk aku habiskan dalam waktu yang singkat. Tapi dapat jugak aku habiskan dalam masa tiga hari sebabnya biasalah banyak kerja lain lagi yang kena buat tak kan nak hadap baca buku nih jer kan... lelah jugaklah aku nak habiskan baca buku nih...TAPI walaupun LELAH penulis berjaya buat aku 'melekat' dan 'jatuh hati' terus dengan penulis novel ini.

Sebabnya, pada pendapat peribadi aku novel ini novel melayu pertama aku baca yang sarat dengan panduan dan gaya berkasih sayang dalam Islam yang sangat indah, pengajaran tentang adab dan tatatertib pergaulan dan cinta antara lelaki dan perempuan, panduan nikah dan hantaran dalam Islam. Memang buat aku jatuh cinta habis dengan watak Hilman Yong ni...i wish he exist in this world !!!  aku berani jamin watak Hilman ini memang menjadi dambaan setiap gadis di seluruh dunia ni tau...Plotnya tidak memberatkan kepala aku. Hanya konflik halangan dalam percintaan berlandaskan islam yang dilalui oleh  Intan dan Hilman ini sentiasa ada pasang-surut, sekejap baik sekejab gaduh tak habis-habis ada jer benda yang nak digaduhkan. Itu yang buat aku geram dan lelah baca buku nih. 

Tapi dalam lelah itu penulis berjaya titipkan banyak panduan hidup dalam Islam yang berguna untuk memberi kesedaran, peringatan dan keinsafan pada aku. Gaya penulisan dan pengolahan cerita memang harus aku puji 'EXCELLENT' penuh bunga-bunga indah dan mengasyikkan, santai dan memang sangat menusuk hati aku...sampai boleh buat aku terbuai-buai dan senyum sambil terbayang nampak bunga dan bintang, sebak, nangis, kecewa dan sengih sorang-sorang tuh...memang 'SUPERB'  ★★★★★  juga banyak maklumat tentang kuda dan penjagaannya..ini yang buatkan hati  aku rasa berkobar-kobar nak belajar tentang kuda nih....

Jadi memang betul review kawan-kawan di goodreads.com tu yang sudah membedah siasat isi buku ini dengan begitu baik sekali. Sehingga berjaya membuat aku mencuri masa untuk menghayati dan memahami isi perut novel ini...CINTA yang lahir dan bersatu itu adalah anugerah dari Allah SWT.  Thank you so much guys !

Aku membayangkan dua watak dalam buku ini seperti mereka ini...rasa macam sepadan sangat kan...


Sinopsis
                                                                                                                                         
Kisah cinta kasih sayang yang syahdu antara Hilman Yong (Damien Yong-sebelum jadi Muslim) seorang kacukan Cina-Korea-Amerika, seorang yang baru mengenali Islam dan lebih mencintai Islam dengan Puteri Intan Zulaikha. Hilman telah jatuh cinta pandang pertama sejak pertemuan di sebuah restoran KFC 8 tahun yang lalu. Doa Hilman telah dimakbulkan oleh Allah setelah bertemu semula di kedai Cherish kepunyaannya di KLCC.  Namun pertemuan singkat itu telah mengundang pelbagai pahit manis sehingga menyebabkan mereka terpisah selama 3 tahun. Intan telah bertemu semula dengan Hilman sewaktu bertugas mengendalikan kursus di Kuala Terengganu ketika belajar menunggang kuda. Pertemuan yang tak disangka itu telah berputik semula bunga cinta di antara mereka sehingga 
bertunang.  


Namun, dua hari sebelum hari pernikahan, telah berlaku pergaduhan antara mereka oleh kerana salah faham dan kesilapan tutur kata Intan sehingga menyebabkan Hilman membatalkan pernikahan mereka. Sehari sebelum tarikh pernikahan, Hilman pula telah kemalangan jatuh dari kuda hingga hilang ingatan dan kembali menjadi Damien. Pelbagai usaha telah dilakukan dan pelbagai dugaan harus ditempuhi oleh Intan demi mengembalikan semula ingatan Hilman kepada Islam. Namun, kepasrahan Intan dengan menyerahkan segala-galanya pada Allah dan redha akan ketentuanNya telah menghidupkan semula cinta kasih sayang Hilman pada Intan. Mereka akhirnya dinikahkan dalam satu majlis yang sungguh syahdu.

' Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT '

Tahniah dan terima kasih Melur Jelita kerana berjaya hasilkan karya yang begitu syahdu dan menusuk hati ...nampaknya aku dah jatuh cinta dengan karya Melur Jelita nih...


....inilah lagu syahdu piano oleh Intan untuk Hilman...

Anuar Zain - Sedetik Lebih 



Makluman

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya
Melur Jelita

Assalamualaikum
Makluman untuk semua.. Puan Hajah Norlaili Salleh (Melur Jelita) telah kembali menemui Allah SWT pada pukul 6.28pm tadi. Pada hari mulia dan bulan mulia ini, semoga beliau dapat diberkati Allah dan dapat bersama mereka yang beriman.
Terima kasih diatas segala doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada kita semua dan seluruh ahli keluarga beliau. Aamiin

No comments:

Post a Comment