Penulis : Melur Jelita
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1389
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-0246-32-1
Rating :
Ulasan
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan menghayati sesuatu yang indah dari buku karya penulis ini. Selepas aku baca buku pertama tulisan Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak aku rasa ia karya terbaik yang pernah aku baca... tak sangka pulak aku terus jatuh cinta dan hati terus melekat macam kena gam gajah pada penulis pujaan hatiku ini... tapi selepas baca I Love U Stupid, aku lagi tak sangka karya ini jauh lebih pedas dan hebat tak dapat ku luahkan dengan kata-kata dan terus terang aku katakan 'this is the best karya by Melur that I've ever read in my life and it definitely won't be the last '... Subhanallah...Jalan ceritanya yang macam kena batang hidungku sendiri macam tergigit cili padi yang pedas berapi... Pendek kata semua rasa dan perencah ada dalam buku ini. Perasaan ku bercampur-baur bila baca buku ini hingga menitis laju air mata ku.. Padat dengan rasa nakal, sinis, gembira, sedih, hiba, tragis, sebak, pilu, sengsara, penuh berilmu, cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, kekeluargaan, korupsi, menginsafkan dan menyedarkan diri ini kerana aku adalah antara anak melayu Malaysia yang semakin hilang jati diri kerana terlalu leka dan hanyut dengan arus pembangunan dan kehidupan yang serba moden dan serba serbi senang.
Setiap ayat dalam buku ini memang betul-betul seperti di panah terus ke jantung ku dan aku rasa mengenali Iris seperti mengenali diriku sendiri dan seolah-olah aku yang berada di Kemboja dan melihat sendiri pengembaraan yang sungguh mendebarkan, kepayahan, keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk di sana. Kisah ini betul-betul membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, bersyukur dengan apa yang aku ada, lebih menghargai dan menyayangi negara tumpah darah kelahiran ku ini...sesungguhnya buku ini telah beri ku banyak pengajaran terbaik melalui watak-watak utamanya.
Kisah mengenai misi kemanusiaan Iris ke Kemboja selama lima bulan. Di sana Iris ditemani oleh bodyguard, Firman yang bukan sahaja menjaga Iris, malah menjadi pelindung, mengajar Iris bagaimana menjadi seorang Muslim yang sebenar. Semasa di sana, pelbagai peristiwa berlaku di antara mereka berdua diselangi dengan kisah kehidupan masyarakat melayu Cham di Kemboja. Kedatangan Iris sebenarnya bukan sahaja untuk misi kemanusiaan semata-mata tetapi misi untuk menemukan semula anak kawan baiknya, Farina yang sedang sakit tenat. Selepas itu, mereka difitnah berselingkuh oleh orang kampung, Firman bersetuju menikahi Iris namun ditolak oleh Iris kerana dia tidak bersalah dan tidak mahu orang kampung berfikir mereka bersalah.
Iris kemudiannya diarahkan Firman balik ke Malaysia dan dibawa pulang oleh Aidan dan bapa Iris. Setelah pulang ke Malaysia, Iris dikejutkan pula dengan berita pertunangan dia dengan Aidan. Iris tidak bersetuju tapi akhirnya bersetuju berkahwin dengan Aidan bila dia memikirkan tentang mamanya dan kebaikan Aidan. Walaupun hati Iris sentiasa teringat dan mengharap pada Firman namun Iris tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak tahu sama ada Firman menyimpan perasaan yang sama padanya atau tidak...bab-bab terakhir memang hiba dan memang menyayat hati...tapi memang happy ending ye...kisah yang penuh tragis tapi 'SUPERB'.
Tahniah dan Terima kasih Melur Jelita kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku...apa yang pasti seperti terngiang-ngiang di telinga aku setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut FIRMAN aka Abang Pedas dan aku tersenyum simpul mengingati setiap petah bicara IRIS the diva.
....dan inilah muzik syahdu dari Firman untuk Iris...
The Elegance of Pachelbel - Serenade
....dan ini pula ringtone dari Iris untuk Firman...
A Thousand Years - Christina Perri
Makluman
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya
Melur Jelita
Assalamualaikum
Makluman untuk semua.. Puan Hajah Norlaili Salleh (Melur Jelita) telah kembali menemui Allah SWT pada pukul 6.28pm tadi. Pada hari mulia dan bulan mulia ini, semoga beliau dapat diberkati Allah dan dapat bersama mereka yang beriman.
Terima kasih diatas segala doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada kita semua dan seluruh ahli keluarga beliau. Aamiin
Makluman untuk semua.. Puan Hajah Norlaili Salleh (Melur Jelita) telah kembali menemui Allah SWT pada pukul 6.28pm tadi. Pada hari mulia dan bulan mulia ini, semoga beliau dapat diberkati Allah dan dapat bersama mereka yang beriman.
Terima kasih diatas segala doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada kita semua dan seluruh ahli keluarga beliau. Aamiin
No comments:
Post a Comment