Kita Hanya Kawan ?

 


 

Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  RC Publication

Bilangan Mukasurat : 385
Tarikh Terbitan : Feb 2023
ISBN : 978-967-2813-36-1
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 selepas Ramadan Terindah Untuk Syawal, Seikhlas Cinta Kayla, Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Islam membenarkan lelaki dan perempuan bersahabat tapi ada adab dan batas pergaulannya. Bersahabat juga mesti ada tujuan dan atas dasar taqwa dan kebaikan. Jadi, kita yang menentukan persahabatan yang mana ingin dibentuk. Bersahabatlah kerana Allah dan dengan redha Allah. 

Lelaki dan perempuan memang tidak boleh jadi sahabat baik sebab nanti akan melibatkan perasaan dan salah seorang mesti akan terluka akhirnya. Kisah persahabatan di antara Lana dan Ali ni memang mereka terluka dan dilukai hingga mereka terpisah hampir 10 tahun lamanya.

Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah persahabatan diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis

Ali dan Lana…

Mereka berkawan baik sejak di usia kecil. Tanpa sedar, Lana mencintai Ali. Namun yang
menjadi masalah, hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Hati Lana remuk apabila Ali cuba memungkiri janji mereka untuk belajar bersama.

“Aku nak pergi sana, sebab nak dekat dengan dia.”- Ali

Belum sempat Ali menunaikan impiannya ke luar negara, Lana ditimpa musibah. Dan sekaligus membuatkan Ali nekad untuk menjaga Lana.

Permintaan Ali membuatkan Lana semakin dibebani rasa bersalah. Tidak mahu lelaki
itu mengorbankan perasaan sendiri, dia rela berundur.

“Kan aku dah janji nak tunaikan apa saja permintaan kau kalau kau sudi tolong aku.”-Ali

“Nantilah aku tuntut. Tak ada tarikh luputkan?”- Lana

10 tahun memisahkan mereka berdua. Dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Takdir sekali lagi menemukan mereka tetapi Lana kecewa apabila Ali seolah-olah tidak mengenalinya.

Walaupun dilayan dengan dingin, Lana tetap mahu mendekati Ali sehinggalah rahsia Ali terbongkar. Dan kali ini Lana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama Ali.

“Awak pernah cakap, takkan ada tarikh luput untuk tunaikan permintaan saya. Kita kahwin.”- Lana

Mampukah Ali menerima Lana yang sejak dulu dianggap sebagai sahabat? Dan adakah cinta Lana bakal ditolak sama seperti dulu?

 

... lagu Camar Yang Pulang - Aishah...

 


 

 

No comments:

Post a Comment