MEMBAKAR SYURGA Mengguyur Neraka




Penulis   :  Hana Ilhami
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni

Bilangan Mukasurat : 840   
Tarikh Terbitan : Julai 2014
ISBN : 978-967-0246-75-8   
Rating : 


 
Ulasan :

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya ke 3 penulis hebat ini yang telah sekian lama kucari selepas Ya Maulana dan Perempuan Lindungan Kaabah

Perrgghhh, Subhanallah sebuah kisah yang agak berat untuk dijadikan cerita. Ini cerita tentang kecelaruan gender atau budaya songsang yang agak hangat dan sensitif diperkatakan sejak dua menjak ni iaitu isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender atau dikenali sebagai LGBT. Sejujurnya, sebelum baca cerita ni aku tak berapa nak faham sangat tentang isu kecelaruan naluri lelaki suka kat lelaki ni,  aktiviti songsang yang semakin menular seluruh negara dan patutlah semakin membimbangkan semua pihak. Banyak persoalan yang bersarang dalam kepala otak aku sebelum ni terjawab selepas aku baca cerita ni. 


Kalau nak baca lebih lanjut tentang sorang blogger yang gigih bantu golongan ni untuk teruskan hidup dengan cara lebih sihat boleh klik link ni ye Hidup Mesti Diteruskan .<Sigh> Memang aku sedih dan terkedu bila baca kisah-kisah dalam blog ni.

Pepatah orang putih ada mengatakan 'Don't judge a book by its cover' memang kena dengan jalan cerita ni. Jangan kita menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja kerana tidak semestinya sama dengan dalaman seseorang itu. Jadi adik-adikku di luar sana tu jangan nanti tengok abang sado hensem je dah berangan ke bulan bintang ye... selidik dulu tau he he he.

Tahniah dan terima kasih kepada Cik penulis hebat ni kerana berkongsi kisah yang boleh buka mata hati dan mata akal pembaca. Ia bukan sahaja berjaya menonjolkan watak-watak utama seperti Najiha, Rahul, Fahmi, Hadi dan Dona malah plot dan pengolahan jalan ceritanya memang 'SUPERB' banyak memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku selepas baca cerita ni.  Aku suka dengan cara penulis mendidik pembaca dengan cara yang amat halus dan caranya yang tersendiri dengan mengolah dan mengupas perjalanan watak dan plot cerita dengan begitu baik sekali sehinggakan aku terasa tempias watak-watak yang ada dalam cerita ini seperti kena 'batang hidung'  sendiri.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah realiti kehidupan ini. Baru aku tahu maksud mengguyur ni rupanya siramkan atau padamkan. Bukan mudah untuk mengguyur neraka seseorang. Semoga kisah ini dapat mengajak pembaca untuk muhasabah diri dan memberi pengajaran kepada kita semua. Dulu aku tak berapa nak ambil tau apa maksud golongan hetero, homo atau biseksual ni, tapi setelah baca cerita ni, aku rasa marilah kita sama-sama bantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Moga kita sama-sama dapat berubah dan sentiasa berada di jalan yang diredhai dan dalam rahmat ALLAH.




T.E.R.B.A.I.K

 
Sinopsis


NAJIHA... Demi merealisasikan hasrat dan menggembirakan sahabat baiknya Dona, dia menghubungi Rahul , abang Dona yang membawa diri ke Amerika selama tiga tahun. Demi kebahagiaan sahabatnya yang beragama Hindu itu, dia memujuk Rahul agar pulang ke pangkuan keluarga. Namun, siapa sangka niatnya menghubungi Rahul membawa episod baru dalam hidup Rahul.


 






“Kalau saya tahu hidup saya akan terganggu macam ni, tak ingin saya hubungi awak dulu.” - NAJIHA
 

 




“From now on, I'll follow you you like a shadow of your life, Jiha.” 

Awak silap. Yang terdedah tu sudah hilang keseksiannya. Saya sukakan yang seksi dalam sopan - RAHUL

 






RAHUL lelaki Cindian kacukan mak Cina dan ayah India... Kepulangan Rahul menggembirakan seisi keluarga Dona tetapi tidak bagi Najiha. Hidupnya menjadi huru-hara setelah Rahul mengetahui Dona bukan sekadar merahsiakan tentang penyakitnya, tapi Dona mempunyai rahsia yang lebih besar daripada itu. Dona mahu memeluk agama Islam. Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain sahabat baik adiknya, Najiha?

Perdebatan dan kesangsian Rahul terhadap Najiha luntur sedikit demi sedikit melalui penerangan dan sikap Najiha. Baginya, Najiha lain berbanding dengan perempuan beragama Islam yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. Hatinya mula tertarik.

Tapi lain pula bagi Najiha. Cita rasanya cuma kepada lelaki gred A yang tahu menghormatinya. Dan syarat utama mesti Islam! Namun pada yang sama, Dona turut membuat permintaan.

“Kalau aku minta kau mengguyur neraka seseorang? Kau sudi tak?” - DONA

“Neraka siapa pula kau nak aku guyur ni?” - NAJIHA

“Rahul...” - DONA

Kehadiran Hadi, lelaki misteri yang mempunyai kecelaruan naluri turut menambahkan rasa dalam hatinya. Kehadiran Hadi yang muncul tiba-tiba membawa kesan terhadap perjuanganya.

“Sudikah kau mengguyur nerakaku?” – HADI

Demi sahabat dunia dan akhiratnya, haruskah Najiha memadamkan perasaannya terhadap lelaki gred A yang selama ini begitu didambakan? Bagaimana bila benci bertukar cinta? Mampukah Najiha menepisnya? Bila tiba-tiba lelaki songsang mahu menagih cinta, perlukah Najiha membuktikan jihadnya? Antara lelaki gred A, lelaki musyrik dan lelaki songsang... siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hatinya?




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Megalomania ialah penyakit rasa diri paling hebat dan berkuasa. 
Dalam Islam ia dikenali sebagai ujud. Ujud adalah perasaan kagum atas diri sendiri.

Orang beriman, apabila ditimpa musibah, 
dia akan berkata ...Daripada ALLAH dia datang dan kepada ALLAH dia kembali.

'Ya ALLAH, hanya kepadaMu aku berserah andai itu yang terbaik buat aku.
Aku tak mahu terus hanyut dalam nafsu"

"Ya ALLAH, kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi segala ujian dan cabaran. Berikan juga aku kesabaran untuk terus berusaha mengembalikan para hambaMU yang telah begitu jauh meninggalkanMU. Berilah mereka petunjuk dan hidayahMU. Kau pilih mereka untuk berada dalam rahmatMU"

"ALLAH is the Greatest Healer"

" Ya ALLAH, aku cuba untuk mentaatiMu sebaik mungkin, namun sekali-sekala aku gagal mengawal rasa hatiku. Ya ALLAH... Kau yang menjadikan aku. Hidup dan matiku dalam genggamanMU. Derita atau bahagia semuanya atas ehsanMu. Bantulah aku untuk menerima takdir ini dengan seikhlas hati. Wahai Rab, tetapkan aku di jalanMU yang lurus"

Semua orang akan diuji. ALLAH mahu melihat siapa yang sabar dan tabah dalam menempuh ujianNYA

"Ya ALLAH, Kau berkatilah kami dan berkatilah kehidupan kami. Kekalkan kami dalam hidayahMU. Teguhkan iman kami agar sentiasa berada di jalanMu yang lurus. Ya ALLAH, perliharalah zuriat kami yang bakal lahir. Izinkan dia hadir ke dunia ini. Jadikanlah dia hambaMU yang beriman dan bertakwa. Semoga kehadirannya menambahkan lagi bilangan khalifah"

Hanya ALLAH yang boleh mendatangkan manfaat mahupun mudarat

" Ya ALLAH, I'm your weak slave. Therefore I repent before You for all my sins and I promise never to return to the same. Help me to improve my iman"

"Hasbi Rabbi Jallallah
Mafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Laillahaillallah..."

Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. ~Ar-Rad:11




... lagu Innallaha Ma'ana  -  Medina Feat Umi Pipik ...





... lagu Rapuh  Nastia ...





No comments:

Post a Comment