Checkmate


 

 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 574
Tarikh Terbitan : Dis 2019  
Rating :

 

 


Ulasan

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 16 penulis hebat ini selepas Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Kisah Arissara (Ari) dan Hanbali (Han) yang sanggup korbankan diri sendiri agar semua orang di sekelilingnya bahagia. Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni <sigh>.

Sebagai ibu dan bapa kita tidak wajar membandingkan setiap anak dan bersikap pilih kasih dan berat sebelah. Setiap anak itu ada keistimewaannya yang tersendiri, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Seperti kata penulis karya hebat ini, bahagia setiap manusia itu berbeza. Begitu juga dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita. Kita perlu terima segala ketentuan Tuhan tanpa rasa kecewa atau untuk mengelak. Bila takdir beri ketetapan begitu, maka kita akan ter CHECKMATE.

Jujurnya aku agak lelah nak habiskan baca kisah diorang ni tau. Rasa geram dengan Ari yang terlalu mudah beralah dengan kakaknya dan tidak berani mempertahankan diri depan ibubapa sendiri. Sanggup mengaku je segala tuduhan mak dan ayahnya walaupun tak betul. Perangai si Han ni pun buat aku naik angin jugak, umur dah tua bangka pun masih tak tahu cara nak selesaikan masalah sendiri adoiii. Han patut jelaskan perkara yang sebenar pada ibu dan bapa Ari bukan hanya tunggu dan lihat je dan ikut je apa yang Ari kata.😭

Rasa lega dan puas setelah berjaya habis baca muka surat terakhir. Aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila Ari dan Han bersatu akhirnya. Han berjaya buktikan Ari adalah cinta pertama dan 'cinta mati' sejak pertemuan pertama kali mereka lima tahun yang lalu ketika insiden Han dilanggar kereta yang dipandu Ari.💓💝😍

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lamوالله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

Hidup Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garis pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.

"Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara. Satu-satunya cara adalah dengan cara ni..." ~HAN

"Cara ni?" ~ARISSARA

"Dengan jaga awak baik-baik..." ~HAN

Arissara lupa. Indahnya pelangi hanya seketika bila dia akhirnya tibe di hujung cahaya.  Dunianya menjadi kelam. Kepolosannya memamah hati sendiri bila dia dikhianati oleh mereka yang dipercayai. Han menjadikan cintanya sekadar jenakan yang kejam. Han mencintai kakaknya, Anashuha.

"Boleh Ris tahu biarpun satu sebab? Atau mungkin hanya satu alasan. Ris akan terima..." ~ARISSARA

"Orang kalau dah tak nak... Dia tak perlukan sebab atau alasan..." ~HAN

Han membuatkan dia sedar, hidup ini tak indah bagai yang disangka. Cuma, dia tak duga seteruk ini. Segala hinaan daripada mereka yang disayangi, membunuh jiwa sucinya. Arissara berlau bila diusir dengan penuh hina tapi Han tak akan melepaskan dia pergi lantas mengikatnya dengan ikatan suci yang dia benci.

"Ris adalah cinta mati abang..." ~HAN

"Bukan cinta mati abang. Tapi, cinta yang telah mati..." ~ARISSARA

Hati lembut itu menjadi sekeras tugu. Tapi, cara Han mencintai berbeza dengan orang lain. Dia telah hadapi banyak kehilangan, melepaskan Arissara adalah mustahil. Biarpun Arissara menderita, gadis itu harus ada bersamanya.

"Ris dah sedia tak suka abang, jangan buat sampai Ris benci abang..." ~ARISSARA

"Jika dengan perasaan benci itu akan buat Ris ingat abang, abang pilih kebencian Ris andai itu yang buat Ris simpan abang dalam hati..." ~HAN

Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga.

Kerana takdir telah berkata 'checkmate' dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tidak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi Han menghulur tangan. Kuatkah Arisara menyambutnya?

 

 

  ... lagu Mulanya Di Sini - Freedom ...

 


 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

No comments:

Post a Comment