The Reason

 



Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2U
Bilangan Mukasurat : 576
Tarikh Terbitan : Nov 2018  
ISBN :  978-967-2102-67-0 
Rating :

 Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 13 penulis hebat ini selepas Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.  

سُبْحَانَ الله apa yang aku boleh tulis, kisah Ammara dan Eqram ini memang sedih yang amat dan berjaya buat aku nangis hingga ke pagi tu...RM ni memang suka "mendera emosi" aku dengan kisah yang 'Deep Pain' macam ni <sigh>.  Kisah Ammara ni buat aku berfikir panjang, mampukah aku mengharungi segala penyesalan dan penderitaan sendiri seperti Ammara, bertahan dan meneruskan hidup demi seorang insan yang paling dikasihi???  Aku rasa tidak ramai yang mampu melepasi ujian seberat ini.  

Awal pembacaan memang pening kepala aku ni sebab ada banyak imbas kembali dan waktu terkini bercampur-aduk yang perlukan pembaca fokus bila waktu berlaku peristiwa tu adoiiii... 

Siapa sangka seorang wanita berumur 29 tahun boleh jatuh hati bergolek-golek dengan budak lelaki mentah yang baru kerja sebagai barista kat kedai kopi umur 21 tahun tu kannn ??? Kerana lemahnya iman dan godaan nafsu Ammara terbuai, terpesona dan hanyut terus dengan rupa paras Eqram hingga mereka terjerumus ke lembah maksiat yang penuh dosa. 

Bak kata pepatah, jangan jadi ibarat lebah, habis madu sepah dibuang. Begitulah Ammara akhirnya ditinggalkan, menanggung penyesalan yang terpalit dosa dan noda angkara diri sendiri, menghukum diri dengan menyendiri dan hidup dalam kesunyian malah janji Eqram hanya tinggal janji dan tidak pernah muncul lagi. Hanya selepas 5 tahun harapan dan penantian Ammara menjadi kenyataan bila Eqram muncul semula di tempat bermulanya pertemuan mereka.

Aku sedar setiap orang itu tidak sama ujiannya di dunia ni. Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang itu menyesali kesilapannya untuk berubah. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.  

Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah pintu taubat dan kasih sayang Allah SWT itu terbentang luas. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Membaca kisah ini dengan deraian air mata membuatkan aku lebih menginsafi diri ini yang terkadang tersasar jauh dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-Nya.

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah pilu diorang ni. Umur tidak boleh dijadikan sebagai ukuran, tanda perasaan dan perbandingan dalam mencari pasangan hidup. Tiada salahnya jika suami jauh lebih muda daripada isteri, jika suami itu lebih matang dan boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang bertanggung jawab dan terbaik buat seorang wanita yang bergelar isteri. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 



Sinopsis

Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.


“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara

“No!” - Eqram

Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?

 



“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram

“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara


Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.

“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan

“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.

Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.

“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara

“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram

Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima.

 

 ... lagu Renungan Terakhir - Nora ...

 

 

... lagu You Are The Reason - Calum Scott ...

 



  ... lagu Epilog Silam - Haikal ...

 


 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 Jodoh ni ada masanya, bukan apa yang kita nak. Tapi yang kita perlukan. Apa yang kita perlukan itulah yang Tuhan hantar.

Astaghfirullah, ampunilah aku, Allah... atas segala dosa besar yang aku lakukan. Kau tuntunlah hati ini Tuhan. Pandukan pada kebenaran dan kehendak-Mu. Bukan keinginanku.

Tuhan telah hantar pembersih yang mujarab buat hati-hati manusia ini iaitu Solat dan al-Quran. Kita jaga solat, kita rajin baca al-Quran. Titik hitam dalam hati itu lama-lama akan hilang. Memang kita tak nampak tapi kita boleh rasa. Hati yang sempit akan berasa lapang. Hati yang sakit, akan berasa sembuh. Hati yang resah akan menjadi tenang. Itu yang perlu kita lakukan sebagai manusia. Apatah lagi itu adalah satu sebab kita hidup sebagai hamba Allah di atas muka bumi Allah, di bawah langit Allah dan bersama nikmat yang telah Allah berikan.

Setiap jalan yang telah Tuhan tetapkan untuk setiap manusia adalah berbeza. Sebab, apa yang telah Allah berikan untuk kita, itulah yang terbaik.

Manusia ni dijadikan dan diuji dengan cara yang berbeza.

Hikmah adalah satu perkara yang kita perlu terima. Hikmah adalah perkara yang kita tidak akan pernah tahu malah tak pernah sedar pun sebenarnya. Bila kita sedar dan perkara baik itu terjadi, masa itulah baru kita tahu... Ya Allah, inilah hikmah di sebalik ujian.

Ya Allah... Telah aku pintu daripadaMu. Jadikan semuanya sebagai kehendakMu dan bukan keinginanku.

Hati ini milik Tuhan. Biarkan Dia pandu ke arah mana yang terbaik untuk kita sebagai manusia.

 

 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 
 

 




No comments:

Post a Comment