Pemusnah Hati


 

 

Penulis   :  Siti Khadijah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Siti Khadijah 

Bilangan Mukasurat : 2.34 MB (ebook)
Tarikh Terbitan : Apr 2022
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ini selepas Rindu Dalam Rahsia. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Kisah Aisy dan Umar aka Qartal ni memang mencabar kesabaranku nak tahu kesudahan kisah Aisy yang kena culik dengan samseng ni dan teruja nak tahu siapa Qartal ni yang sebenarnya.

Tak sangka aku si penculik Qartal yang ala-ala brutal dan macam ais beku ni ada hati dan perasaan dan cair jugak akhirnya boleh bertukar jadi mat jiwang tuh.

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi berjaya jugak menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca di luar sana ya.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

 


"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.

 

 

... lagu Sembunyi - Misha Omar ft Andy Flop Poppy ...

 




 

 


No comments:

Post a Comment