Rindu Dalam Rahsia


 

Penulis   :  Siti Khadijah  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  SK Novelis
Bilangan Mukasurat : 1.85 mb (epub)
Tarikh Terbitan : 2012  
ISBN : 978-967-17291-0-6 
Rating : ★★





 
 
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Marha dan Amzar nampak macam cliche je, biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Ini kisah bos dan setiausaha yang kena kahwin terpaksa sebab kena tangkap khalwat.

Cerita ini adalah remake daripada novel pertama penulis, Rindu Dalam Sepi.

Walaupun kisah diorang ni sering gaduh je dan padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada jugak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah romantis diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis

AMZAR MUKHRIZ. Seorang lelaki yang punya segalanya kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan cinta itu sukar untuk diluahkan meskipun dia sudah memiliki teman istimewa secantik RATNA. Keegoan Amzar tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang berani melawannya. Bermula dari seorang pekerja, status itu tiba-tiba berubah gara-gara kejadian malam itu! 

“Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” - AMZAR MUKHRIZ.

AINUR MARHA. Apabila menyebut tentang cinta, telah lama dia berputus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, Marha nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tetapi takdir berlaku sebaliknya. Tanpa mengetahui kesalahannya sendiri, dia harus menerima kebencian Amzar Mukhriz. Namun, dia bertekad. Hubungan yang sia-sia ini harus ditamatkan! 

“Tuan kena lepaskan saya kalau tuan tak nak dosa tuan bertambah. Tuan tak tahu betapa jahatnya saya. Tuan pernah cakap saya ni perempuan murah kan? Saya akan tunjukkan macam mana murahnya saya sampai tuan serik nak simpan isteri macam saya.”- AINUR MARHA. 

Tapi ikrar Amzar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Marha tekad dengan keputusannya. Kehadiran Naqib dan Rafiq menambahkan resah di hati Amzar. Mampukah hubungan yang terbina tanpa sengaja itu bertahan lama? Mungkinkah hubungan yang bermula kerana satu kesilapan akan terus bertahan? 

“Hentikanlah angan-angan kau untuk hidup bahagia. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia dengan aku apatah lagi orang lain.” - AMZAR MUKHRIZ.

 

No comments:

Post a Comment