Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 386
Tarikh Terbitan : Julai 2022
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan
lagi untuk membaca karya ke 14 penulis hebat ini selepas The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah
Jeritan Hatiku, Noktah,
Dingin,
Dia
Untuk Aku, Takdir
Untuk Aku, Seseorang
Untuk Aku, Dia...Cinta
Yang Kucari dan Tiba-tiba,
Dia Ada.
Ini kisah Tuah Nur Khalifah seorang barista kerja buat kopi yang dermakan separuh daripada hatinya kepada Nik Khalifh seorang pesakit kanser hati yang tidak dikenalinya. Mereka bertemu dan dianugerahkan oleh ALLAH rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Tuah sembunyikan diri kerana tidak mahu Khalifh rasa kasih dan terhutang budi kepadanya.
Walaupun
kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi
aku jugak. Aku suka dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa memang comel dan manis ini. Aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila pencarian Khalifh berakhir dan dapat bersatu dengan separuh lagi pemilik cinta hatinya.
ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.
Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
KATA ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu
dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia
katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan
bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi,
melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan
sesuatu.
“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh
“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kesah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah
Khalifh
telah meminta wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali membuka
mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia
lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua
orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang
telah memberi separuh hati untuknya.
Bila hati yang satu saling
menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus
bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia
telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya
terperangkap antara cinta dan budi.
Tuah pula hanya menyerah
bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan
Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya,
Rozie.
“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah
“Sejak
pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya
tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh
Tuah
Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang
diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya.
Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu
bersembunyi?
... lagu Bertakhta Di Hati - Farahdhiya ...
... lagu Lelaki Ini - Anuar Zain ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...
No comments:
Post a Comment