Penulis : Nirrosette
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Manes Wordworks
Bilangan Mukasurat : 338
Tarikh Terbitan : 2022
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.
Kisah Nafeesa dan Khalil ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Namun, kisah diorang ni meninggalkan suatu rasa dihatiku ini, seolah-olah aku adalah watak Naf dalam cerita
ini dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku. Korang buat aku tersengih jer tau. I do feel butterflies guys he he he...
Ada mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Umur tidak boleh dijadikan sebagai ukuran, tanda perasaan dan perbandingan dalam mencari pasangan hidup. Tiada salahnya jika isteri jauh lebih muda daripada suami jika isteri itu saling melengkapi dan punyai kematangan diri dan fikiran. Perbezaan umur bukanlah masalah yang besar tetapi apa yang lebih penting adalah keserasian antara pasangan suami dan isteri itu. Kahwin ni perlukan banyak persefahaman dan komunikasi.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat
kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang
seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang
yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil,
menemani Nafeesa.
Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.
Khalil
sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak, berkerjaya dan
berdaya intelek. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang
mampu mencabar daya pemikirannya. Pencinta tegar sastera Shakespeare ini
malah sempat berdebat dengan sang arkitek!
Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.
Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia?
Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?
“Will you see me differently, if you knew my past?”
Antara trauma dan cinta? Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?
***
Nirrosette pandai bercerita
sehinggakan pembaca terasa berada di Vancouver tanpa perlu beli tiket
pesawat. Menelusuri Buah Hati Nafeesa bagai ‘menonton’ buku diiringi
muzik; dan berbusana cantik. Teruslah bercerita yang indah-indah,
Nirrosette! – Noor Suraya, Editor
... lagu Takdir Tercipta - Hafiz & Adira ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
No comments:
Post a Comment