R.I.R






Penulis   :  Nasz  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 422 (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2025  
Rating : 


 


 


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 5 penulis hebat ini selepas Sweet Sour Revamp, Sweet Sour, Karamel dan Lazuardi.

Ini kisah sedih tentang Jezalin (Alin) seorang penghidap SLE (Sistemik Lupus Eeritematosus) atau LUPUS. Alin adalah anak angkat dan hubungan di antara Alin dan Rafa sebagai adik dan abang berubah selepas Alin terpaksa bernikah dengan Rafael Ibrahim Redza (Rafa/RIR) atas permintaan ibu angkatnya yang sakit tenat kanser saraf bagi menjaga hubungan Alin dengan Rafa dan bapa angkatnya.

Selepas kematian ibu angkatnya, Rafa telah pergi bekerja ke luar negara. Selepas menyambung pelajaran di Unimas, Alin telah menjauhkan dirinya hampir 9 tahun kerana tidak mahu bapa angkatnya En Redza dan Rafa tahu tentang penyakit yang dialaminya. Tambahan pula, abang angkatnya Rafa juga tidak pernah setuju dengan status pernikahan terpaksa mereka. Alin juga telah berjauh hati dengan kata-kata sinis yang telah diucapkan Rafa suatu ketika dulu.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan tergantung tiba-tiba dah tamat macam tu je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Terasa macam aku pulak yang kerja di pelantar minyak ni ha ha ha. Adoi, Cik Penulis memang suka 'mendera' jiwa dan raga aku je tau. Tolong sambung kisah diorang ni ya aku tak puas hati sungguh baca cerita tergantung nih. Ada banyak lagi persoalan yang tak terjawab lagi ni...tolong cepat sikit ya NASZ buat buku terus he he he.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Hidup Alin yang tenang tiba-tiba bermasalah bila Drilling Superintendant yang baru, masuk ke pejabat. Lelaki dari masa silamnya terus menghantui hidupnya dari hari pertama bertemu selepas sembilan tahun.

“Abang minta maaf. Abang tau abang tak patut cakap macam tu dulu. Masa tu abang muda, abang bodoh.” Rafa lepas nafas yang berat.

“Saya maafkan. Tak ada apa-apa lagi, kan? Saya nak keluar.” Masih tak ada perasaan. Rafa ingat hari raya ke nak minta-minta maaf?

Alin terus keluar. Air mata dia jatuh tapi cepat-cepat dilap.

Apakah yang menyebabkan Alin berjauh hati dari Rafa?

 

 

 ... lagu Masing-masing - Ernie Zakri ...

 

 

 ... lagu Kita - Forteen ...

 




 

 

No comments:

Post a Comment