Luruh


 


Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 717
Tarikh Terbitan : Julai 2020 / April 2025  
Rating :

 

 


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 15 penulis hebat ini selepas Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.  

Ini kisah dendam dan beban yang ditanggung Daneen dalam hati yang akhirnya luruh setelah dia dapat merasai kasih sayang dan pengorbanan Maliki yang tidak pernah putus dengannya.

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni <sigh>.

Sebenarnya aku memang teruja nak baca kisah ni, dah lama cari baru sekarang dapat baca. Namun, aku agak kechewa sikit sebab kisah diorang ni agak meleret-leret dan kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku tak faham dengan perangai dan cara Maliki ni berfikir sebab terlalu berkeras dan kasar dan tunjuk panas barannya dengan Daneen. Dah tahu Daneen ni 9 tahun lebih muda daripada Maliki, pastu nak hadap segala ujian yang agak berat, Maliki patut terus terang je baik-baik dengan Daneen bagitau nak bantu dia. Jangan harap budak tu boleh faham sendiri. Daneen ni pun satu jugak, bila Maliki dah berlembut, dia pulak yang tunjuk perangai keras hatinya tu pastu suka sangat membangkitkan kemarahan Maliki adoi pening kepala akak dik...😇

Jujurnya aku agak lelah nak habiskan baca kisah diorang ni tau. Tapi, aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila akhirnya Daneen mengakui rasa hati, redha dan terima Maliki yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebahagiaan Daneen. 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.





Sinopsis

WALAU hilang segalanya… Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan. Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya… Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut.

Patah. Terhempas. Lebur.

Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir.

“Kau tekad nak teruskan bisnes ni? Yang rugi nanti… kau. Kau akan hilang segalanya…”- MALIKI

“Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan…” - DANEEN


Daneen kalah. Maliki berjaya memasung kedua kaki dan tangannya. Membenarkan Maliki menakluknya adalah sesuatu yang tidak pernah dia rela tapi jika ini muslihat terakhir permainan, Daneen terima. Dia perlu menang satu hari nanti. Maliki nekad melindungi dan menyayangi. Tapi, Daneen pergi tanpa dapat dikesan. Maliki penasaran. Dia kecewa kerana Daneen tidak beri waktu untuk dia tunaikan segala janji.

Tujuh tahun Daneen berjuang demi keadilan. Tujuh tahun Maliki bertahan kerana rindu dan setia. Mereka teguh demi janji masing-masing yang tak pernah tertunaikan. Namun, sekali lagi Daneen dikhianati oleh mereka yang dia percaya di saat Maliki muncul di depan mata.

“Jauhi aku! Atau kau akan musnah!” - DANEEN

“Daneen dah musnahkan abang sejak tujuh tahun lalu...” - MALIKI


Indahnya luahan cinta Maliki tidak pernah dapat menimbulkan rasa pada hati yang telah lama karam dalam darah yang masih mengalir. Cukuplah Dareeyan; yang Tuhan hantar di saat dia berputus asa. Bila ayah ada, kepingan bahagianya akan lengkap.

Yang dingin bertambah dingin. Yang keruh terus keruh. Biar sekuat mana Daneen menolak, segagah itu juga Maliki bertahan. Luka Daneen sukar diubati dengan pujukan. Hatinya diasuh menjadi kejam sehingga mampu tertawakan kematian. Kegilaan ini perlu dihentikan. Tapi, sukar.

Maliki pilih untuk kalah setelah kehilangan satu nyawa dan demi menyelamatkan satu nyawa. Berharap beban di hati Daneen pergi bersamanya. Di saat menghadapi kehilangan yang tersayang buat ke sekian kali, Daneen sedar… lelaki ini telah lama ada dalam hatinya. Perlukah dia korbankan segala usaha dan janji? Membiarkan semuanya gugur bagai daun kering yang #LURUH?

 

 ... lagu Sebenarnya - Alif Satar & Siti Nordiana ...

 


 

 ... lagu Tetap Kamu - Amylea & Megat ...

 


 

  kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

No comments:

Post a Comment