Cinta Tak Bersyarat



Penulis   :  Msroses  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 652
Tarikh Terbitan : Ogos 2025  
ISBN :  978-629-98903-4-8 
Rating :

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Kisah ini menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan dunia ini adalah ketentuan Allah SWT terhadap segala makhluknya di dunia ini.

Ini kisah Maira Sofea (Staff Nurse) dan Ahmad Firash (Medical Officer~MO) yang bekerja di hospital yang sama. Namun, mereka tidak boleh bertemu muka dan sentiasa bertikam lidah bila bertemu. Akibat kesilapan seorang nurse memberi ubat yang disangka ubat demam, Dr Firash telah hilang kewarasan sehingga meragut kesucian Maira. Peristiwa hitam yang berlaku antara mereka menyebabkan Dr Firash mengakui kesilapan diri dan  sanggup bertanggung jawab menikahi Maira. Rupa-rupanya ubat yang telah dimakan adalah ubat perangsang pesakitnya.  Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini tau. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi.

Setiap orang itu tidak sama ujiannya di dunia ni. 

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNYA. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di luh mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima.

Tiada satu pun yang terjadi di dunia ini secara kebetulan tanpa keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang akan diperoleh daripada ujian ini. Dan sebagai hambaNYA yang menzahirkan keimanan, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang. Sesungguhnya hanya kepada Allah jua kita meletakkan pengharapan dan berdoa.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. 

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "~ Surah Al Baqarah ayat 216.  

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya.

Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing.

Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya.


 

 "Kenapa doktor buat saya macam ni?" - MAIRA SOFEA

"Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - MAIRA SOFEA

 


 

 

 

 


"Aku akan bertanggungjawab pada kau." - AHMAD FIRASH


 



Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar.

"Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - SYAKIRA FARHANA

Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan?

Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.

 

 

.. lagu Cinta Tanpa Syarat - Afgan ...

 



.. lagu Sebenarnya - Alif Satar & Siti Nordiana ...

 



 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

No comments:

Post a Comment