Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2U
Bilangan Mukasurat : 593
Tarikh Terbitan : Jan 2016
ISBN : 978-967-0992-03-7
Rating : ★★★★★
Ulasan
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 17 penulis hebat ini selepas Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.
Kisah pilu Aatiq seorang pesalah juvana yang masih di bawah umur 18 tahun yang terpaksa menghabiskan masa 3 tahun terkurung di sebuah pusat pemulihan kanak-kanak dan remaja yang berhadapan dengan hukuman undang-undang membunuh.
Dendam dan benci Raqib pada Aatiq semakin membara setelah kematian adik dan ibu tercinta. Matlamatnya hanya satu untuk memusnahkan kebahagiaan Aatiq dan buatnya derita. Dalam tak sedar terbit rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Biasa tak dengar pesanan orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata...ha ha ha.
Hati manusia ni ALLAH yang pegang, bila-bila masa boleh dibolak-balik. Maksudnya, hati manusia ni tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. ALLAH Maha berKuasa untuk membolak-balikkan hati manusia pada bila-bila masa.
Islam menyeru umatnya untuk menjauhi sifat dendam dan mengamalkan sikap saling memaafkan. Sifat dendam akan menjadikan jiwa seseorang itu keras dan kotor. Benci dan dendam hanya akan buat kita menyesal di kemudian hari, kerana kita tidak tahu bilakah penghujung hidup kita di dunia ini.
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 199, bermaksud: ‘Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.’ Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril. ”Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab, ”Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu”.
Tiada
satu pun yang terjadi di dunia ini secara kebetulan dengan keizinan ALLAH swt dan pastinya ada hikmah yang akan diperoleh daripada ujian
ini. Dan sebagai hambaNYA yang menzahirkan keimanan, kita perlu sentiasa
bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang. Sesungguhnya hanya
kepada ALLAH jua kita meletakkan pengharapan dan berdoa.
Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.
Banyak mutiara ilmu, doa dan kata-kata nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih pilu diorang ini.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan
pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.
“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai
aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak
tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq
adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain
yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang
muncul tanpa disangka.
“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq
Kata
abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan
Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan
Aatiqnya pergi.
“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq,
aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila
aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib
Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.
... lagu Yang Abadi - Mestica ...
... lagu Cinta Sejati - Aiman Sidek ft Alin Sidek ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...
No comments:
Post a Comment