Penulis : Cik Bawang
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Ceritera Cinta Publication
Bilangan Mukasurat : 490 (ebook)
Tarikh Terbitan : Feb 2022
Rating :
Ulasan
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya!
Sinopsis
Daripada luaran, ramai yang mencemburui Dhia
Dahlia. Gadis jelita yang dilimpahi kemewahan. Tetapi tiada siapa sangka
di sebalik semua itu, dia derita di dalam rumah sendiri. Didera mental
dan fizikal oleh mama dan kakaknya. Mujur ada ayah yang sangat
menyayanginya.
"Aku tak nak kau goda bakal suami Dewi." – Puan Zura
"Sanggup mama tuduh Dhia macam tu..." – Dhia
"Manusia ni rambut saja sama hitam, Dhia. Dalam hati siapa tahu."- Puan Zura
Kehadiran
Aydan menambah masalah hidup Dhia. Lelaki itu sepatutnya menjadi abang
ipar dia, tetapi lain pula yang berlaku. Aydan perangkap dirinya!
“Kau diam, boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat, kau diam!"- Aydan
"Kau orang berdua memang jahanam! Kalau nak jadi setan jangan libatkan orang lain!"- Dhia
Aydan
memang lelaki idaman ramai, tapi bukan idaman Dhia! Bagi Dhia, Aydan
adalah Mr Bad Boy. Dhia tak mahu menambah derita sekiranya menerima
Aydan dalam hidupnya. Puas dia menolak, tapi Aydan yang licik lebih
dahulu bertindak membuatkan kebencian kakak dan mama kepada Dhia makin
menggunung.
Rumah tangga mereka dingin dek kebencian Dhia yang menebal. Namun saat melihat Aydan berubah, Dhia jadi lembut hati.
Baru
mereka nak bahagia berdua, datang pula badai yang lain. Mampukah mereka
bahagia seperti mana kisah dongeng yang telah tertulis?
No comments:
Post a Comment